Jom Cari Baju Murah dan Cantik di Jualan Gudang FOS

Assalamualaikum w.b.t

Bismillahhirahmanirrahim.. Lepas isya’ tadi boleh pulak tertidur awal. Biasa dalam pukul 11 baru nak rasa ‘sleeping -beauty’ dengan baby Dalili. Almaklumlah hari ini kepenatan dengan ‘Jualan Gudang F.O.S’. di Shah Alam yang memang ditunggu-tunggu.

Sebenarnya, plan encik suami ialah ke Jualan Gudang Pureen, tapi setelah penasihat tak berbayar ni pujuk-pujuk supaya ke Jualan Gudang F.O.S dulu, makanya destinasi kami yang pertama pada hari ini adalah di Jualan Gudang F.O.S (rezeki kau la  kan F.O.S, hehe). Aku pun sebenarnya tak pernah tahu ada jualan gudang ni sebenarnya. Sejak 6 tahun dok Selangor, inilah pertama kali nak jejak kaki ke sini.

Bertolak dari rumah seawal jam 9 as the jualan gudang buka pukul 10. Antara petanda-petanda yang kitaorang dapat nampak dekat-dekat nak sampai tu ialah banting F.O.S dan juga the red big balloons. Belon merah tu si Dayana yang nampak dulu..” Mama..ada belon tu ? Besar

jualan gudang fos banting belon jualan gudang FOS

So, ngam-ngam la kami dapat sampai lebih kurang pukul 10.10 pagi. Walaupun masa kitaorang sampai tu diaorang pun baru buka , tapi boleh tahan ramai jugak lah umat manusia yang dah dok memilih-milih dalam tu.

jualan gudang fos
Pilih-pilih..murah..murah…RM3 je t-shirt. Mana nak dapat kat tempat lain?

Tengok baju yang ada dalam tu memang rambang mata dibuatnya. Banyak T-shirt, kemeja, seluar slack, jeans, topi dan macam-macam jenis pakaian ada dalam tu. Macam-macam brand ada dan yang penting murah. Bolehlah buat basahan dan pergi kerja kami suami isteri dan anak-anak.

Mula-mula, ingat nak jalan dari satu demi satu tempat yang diaorang timbun-timbun pakaian tu. Tapi, disebabkan si Dayana ni tengah kelaparan, tak dapatlah mamanya nak berlama-lama kat situ.So, grab je yang mana nampak berkenan. Dan bubuh dalam beg merah yang dia orang bagi. .Tapi dalam tak sempat menyempat tu , bersusun jugak lah baju-baju yang dapat. Cumanya baju bayi Dalili je tak dapat sebab tak de pilihan. Pilihan yang ada cuma legging baby and rompers. So, grab la jugak 3 legging dengan harga Rm7. Murah kan?

Jualan Gudang FOS2
Nasib baik Dalili OK je dok dalam carrier…Siap boleh tidur lena lagi walaupun orang sekeliling bising-bising

Cik abang pun sampai 3 seluar dan 3 shirt dibelinya. Nak simpan untuk raya nanti katanya. (Yelah tu! Mata pandang atas ). Tapi nampak sangat la dia puas hati pergi jualan gudang kali ni. Kalau tak, takde la dia pulak yang shopping sakan walaupun terpaksa pegang Dalili (tidur dengan lena) dalam carrier.  Tahun depan boleh lah la pergi lagi ye encik suami.

jualan gudang FOS3
Dah puas pilih, boleh la bayar ye..pandangan dari pintu belakang..

Destinasi seterusnya, Jualan Gudang Pureen 2014. Nantikan entry seterusnya. See ya!

Credit : https://www.facebook.com/factoryoutletstore

(Visited 543 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!