Jualan Gudang Karangkraf 2014

Ahad lepas, 2 Nov 2014…
First time aku menjejakkan kaki ke perkarangan Karangkraf sebab ada jualan gudang. Teringat zaman muda remaja suka baca novel-novel keluaran Karangkraf. Sehari dua dah habis satu buku yang tebalnya 300 muka. Sekarang ni, nak baca satu novel yang pendek pun, setahun belum tentu habis. Maafkan daku wahai buku, tak sempat nak jiwang2, feeling2 sekarang ni. Tunggu anak-anak besar sikit boleh la kot..

So, berbalik kepada cerita jualan gudang tu, ia telah berlangsung selama beberapa hari sebenarnya. Dan hari yang aku and family pergi tu kiranya hari yang last. Dengan cuaca yang redup-redup camtu , memang ramai la uat manusia yang berpusu-pusu cari buku kat situ. Malah, aku rasa ada jugak yang mengambil kesempatan untuk jual balik. Ye lah, sampai 80% diskaun pun ada novel yang dijual masa tu. Memang untung la peniaga-peniaga buku hari tu. Sampai penuh van diangkutnya novel and majalah.

Selain daripada novel, ada juga kelihatan Majalah, buku kanak-kanak, buku masak-masak, AL-Quran dan lain-lain. Memang rambang mata jugaklah nak pilih. Tapi, disebabkan bawak baby and anak yang bermur 4 tahun(yang tgh mengantuk), Jadi, tak dapatlah berlama-lama kat situ. Setakat boleh pandang and jeling2 sepintas lalu je. Baru je sampai kat bawah khemah tu, Kakaknya pulak mintak dukung, tak larat nak jalan. Mau patah pinggang aku dukung ‘baby besar’ tu. Dah 20 minit, aku and anak-anak duduk dalam kereta je. Kirim dekat bapaknya je.Senang..tapi yang tak puas hati tak boleh nak pilih lah…hahaha..Hampir sejam jugak dia kat dalam tu sebab katanya nak membayar tu lama. Alahai, sian pulak tapi apa nak buat. Kalau ada lagi lain kali kena pergi berdua je lah nampaknya.

jualan gudang 20144

jualan gudang 20143

jualan gudang 20142

Semua gambar yang aku shared kat sini diambik dari facebook Pa&Ma. Nak ambik gambar pun tak sempat sebab anak-anak meragam..Huhuhu..Takper lah…lain kali, kita pergi lagi ye Cik Hubby? Hihihi…

(Visited 121 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

error: Content is protected !!