Kawal Berat Badan Dengan Kaedah Detox

Hati kata nak jaga badan untuk kesihatan, tapi mulut tetap telan makanan sesuka hati juga. Usaha langsung tak buat untuk kurangkan berat badan berlebihan. Kalau perut dah mula ke depan tu, haruslah berjaga-jaga dan berusahalah untuk cuba kaedah-kaedah selamat untuk turunkan berat badan. Antaranya adalah seperti cara yang Jida nyatakan di bawah ini.

Kawal Berat Badan Dengan Kaedah Detox

orang gemuk

Siapa yang belum pernah lakukan detox pada badannya, cubalah kaedah ini. Siapa yang dah pernah, usahakanlah untuk buat setiap bulan. Detox Shaklee ni la antara yang paling senang dan cara paling sihat nak turunkan berat badan. Memang dah ada macam-macam testimoni pun.

>>> Set Detoks Shaklee Bantu Singkirkan Toksin

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksin racun dari tubuh manusia.
Detox penting bagi memastikan kadar penyerapan vitamin dan nutrien adalah 100% bekesan.

Antara kebaikan detox ialah
1. memperbaiki sistem imun.
2. perlindungan dari radikal bebas.
3. Memperbaiki sistem perkumuhan.
4. Memperbaiki aliran darah.
5. Memperbaiki sistem pencernaan.
6. Mengurangkan tahap kolestrol.
7. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan.
8. Mencantikkan kulit dan rambut.
9. Membantu melambatkan proses penuaan.

Kenapa Kena Kawal Berat Badan?

Malaysia menduduki ranking pertama di Asia Tenggara yang mempunyai penduduk teramai mengalami obesiti, hampir 1/2 daripada rakyat Malaysia adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai masalah berlebihan berat badan.

Kenapa kita perlu risau kalau ada masalah obesiti?

Masalah Obesiti ni boleh bawa macam-macam mudarat. Kalau ditakdirkan kena penyakit kritikal muda-muda, boleh jadi macam-macam komplikasi. Kena cucuk sana sini, kena tahan wad atau terpaksa dioperate untuk menyelamatkan nyawa. Bayangkan saja dah gerun.

Kenapa Banyak Sangat Orang Sekarang Yang Mengalami Masalah Obesiti?

Orang dulu lepas sarapan nasi lemak dan teh tarik, terus toreh getah. Lepas dhuha, pergi “menyawit” pulak. Lepas zuhur petik kopi. Lepas asar, tanam jagung. Lepas maghrib, dinner ubi keledek. Lepas isya, tidur awal sebab esok nak kena ulang semula aktiviti ini demi sesuap nasi. Itulah rutin atok/nenek kita dulu-dulu, setiap hari.

Orang sekarang, sarapan dah lambat. Pukul 9-10 lepas sampai office baru sarapan nasik lemak dan teh tarik. Lepas tu, duduk kat office dengan aircond bagai, minimum aktiviti sampai ke malam. Dinner pulak, bini masak daging masak lomak. Dek sedap sangat, kita tambah 2-3 kali. Ulang benda ni selama 5-10 tahun, insyaAllah, akan jadi salah seorang rakyat Malaysia yang obese.

Sebab tu kita kena bersenam. Sebab lumrah kerja kita dah tak gunakan fizikal sangat. Guna otak je konon-kononnya. Sampai kena ada masa yang khas untuk gerak-gerakkan badan semata-mata nak bakar kalori makanan yang kita dah syok membedal tu.

Jadi,

Cuti wesak hari ni, mari lah kita gandakan senaman. Seeloknya buat tiap-tiap hari. Tapi kalau sibuk kerja sangat. Seminggu 3 kali pun jadik lah.

Suami tak bagi keluar rumah? Bersenam kat dalam bilik je pun boleh. Sekarang ni dah ada macam-macam video macam mana nak bersenam kat dalam rumah je.

Meh la kita amalkan cara hidup yang sihat bermula hari ni. Jangan sampai anda menyesal bila semuanya dah terlambat nanti.

Jadi, anda dah bersedia untuk mulakan program detoks bersama saya? Hubungi Jida sekarang di talian berikut.

Pengedar Vitamin Anda
Ruzidah Abdullah (SID : 933174)

013-6691930

(Visited 64 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Kawal Berat Badan Dengan Kaedah Detox

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!