Kawasan Bebas Cukai – Pengkalan Kubur, Kelantan

Anda pernah ke Kelantan? Teringin nak datang dan melawat negeri Kelantan? Apa lokasi pelancongan  yang menarik di sini? Jom, saya sebagai pemandu pelancong anda (iye la tu) akan ceritakan serba sedikit mengenai tempat-tempat menarik di Kelantan. Salah satunya, kawasan bebas cukai Pengkalan Kubur adalah merupakan antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi sewaktu berkunjung ke Kelantan. Sebagai anak jati Kelantan, yang dah beberapa puluh kali ‘shopping‘ ke sana, bolehlah saya ceritakan serba sedikit tentang destinasi pelancongan di Kelantan ini.

Walaupun namanya agak ‘seram’ gitu, tapi Pengkalan Kubur merupakan destinasi menarik untuk dikunjungi. Kawasan Bebas Cukai pengkalan Kubor adalah diwujudkan di bawah Seksyen 65 Akta Kastam 1967. Pemegang lesennya ialah Majlis Daerah Tumpat iaitu mulai 10hb Oktober, 1989. Ia terletak dalam satu kawasan berpagar yang meliputi kawasan seluas lebih kurang 25,175 meter persegi.

Jarak perjalanan daripada Bandar Kota Bharu adalah sejauh 25 kilometer dan lebih kurang 10 kilometer dari Bandar Tumpat. Ia bersempadan dengan Thailand, iaitu pekan Takbai, Narathiwat. Dengan menggunakan pengangkutan air seperti feri dan bot, jarak ke pekan Takbai hanya lah 2 km. Kawasan bebas cukai ini adalah dilinkungi oleh dua lapisan pagar keselamatan yang dibina khas. Di dalamnya , selain daripada bangunan kedai, terdapat juga rumah kediaman. Ianya dilengkapkan dengan pondok kawalan, pintu pintu serta laluan keluar masuk.

Rasanya setiap kali balik kampong, encik suami akan ajak ke sini. Sampaikan jiran-jiran atau kawan-kawan kat Selangor kalau tahu kami nak balik kampong, sesekali sempat juga menitipkan kiriman supaya dapat belikan toto untuk mereka. Kalau muat bonet kereta, kami usahakanlah juga. tapi kalau barang sendiri pun dan melimpah sampai ke kaki, mintak maaf je lah. Tak dapat lah nak nolong. Maklumlah kereta kecik aje. Macam-macam sebenarnya yang terdapat di sini , selain daripada toto yang saya mention sebelum ni , terdapat  juga pinggan mangkuk berjenama seperti Corningware, Correlle, Pyrex dan lain-lain brand. Untuk kaum ibu, boleh lah survey-survey harga pinggan mangkuk kat sini. Saya belum start nak kumpul pinggan mangkuk lagi , so tak boleh lah nak bandingkan harganya.Tapi , dalam hati sebenarnya teringin juga nak beli pinggan mangkuk yang cantik cun melecun tu semua. Tunggu ada bajet lebih. Insya Allah.

Jadi, apa yang saya suka beli kat sini sebenarnya? Biasanya, saya suka cari baju-baju untuk anak dan diri sendiri. Terdapat pelbagai jenis baju budak dan wanita yang ada disini. Banyak pilihan juga lah. Saya tak pernah ambil gambar bila ke sana, jadi tak dapatlah nak upload gambar di blog ini. Insya Allah, minggu depan nak ke sana lagi, nanti saya ambil gambar ye. Entri minggu depan saya sambung lagi ya. Bye!

(Visited 381 times, 7 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!