Kalau kita tidak tahu apa kebaikan dan keistimewaan memakai krim malam. Sudah tentu kita buat tak endah sahaja mengenai kepentingannya kan? Sudahnya kulit jadi makin teruk, bermasalah dan kusam kerana kita tak kisah dengan penjagaannya.
Memakai krim malam sebelum tidur ada kebaikan dan keistimewaannya. Lebih-lebih lagi bila usia sudah menjengah 30-an.
Apa yang berlaku pada kulit apabila usia mencecah 30-an?
Apabila usia menginjak ke angka 30-an, kulit anda mulai menunjukkan tanda-tanda penuaan. Contohnya, seperti kekenyalan pada kulit wajah semakin berkurang, kulit kusam dan munculnya garis-garis halus. Semua tanda ini sebenarnya dialami oleh semua orang, namun lebih ketara terjadi pada wanita.

Oleh sebab itulah, wanita 30 tahun ke atas digalakkan untuk mengambil krim malam sebagai penjagaan tambahan kepada kulit anda.
Krim malam mempunyai fungsi yang jauh lebih utama dalam mengekalkan kecantikan kulit, sama pentingnya dengan krim siang yang peranan nya lebih tertumpu kepada membekalkan kelembapan berterusan serta perlindungan dari sinar UV yang menggelapkan kulit.
Bila masa sesuai untuk memakai Krim malam?
Masa terbaik untuk memakai krim malam adalah sebelum tidur iaitu selepas cuci muka dan pakai toner. Bila muka dah bersih, pakailah krim malam dan terus masuk tidur.
Apa keistimewaan bila kita rajin pakai krim malam secara konsisten?
Semasa tidur, kita berada dalam keadaan rehat secukupnya dan bebas stress. Maka kulit juga berada dalam keadaan bersedia untuk menyerap segala vitamin yang terkandung dalam krim secara optimum, menembus jauh ke dalam agar mampu bertindak lebih efektif dalam menangani tanda-tanda penuaan, memperbaiki dan memperbaharui sel-sel kulit yang rosak agar kulit menjadi lebih muda remaja.
Oleh sebab itulah, jangan malas-malas untuk sapu krim malam sebelum tidur setiap hari. Jadikan rutin sebelum tidur sapu krim malam ni dulu. Barulah dapat kulit yang sihat, cantik dan lembut je.
Krim Malam Pilihan Wanita Kini.
Di sini Jida nak perkenalkan kepada anda krim malam organik yang menjadi pilihan ramai wanita kini. Krim malam ini dikenali sebagai Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream .
Krim Malam Shaklee, Kenapa ramai yang sukakannya?
Inilah kelebihan dan keistimewaan yang boleh diperolehi daripada Nutriwhite Overnight Cream Shaklee.
- Vitamin C aktif didalam ramuan akan mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah.
- Kelembapan kulit dari luar kedalam insyaallah dikembalikan. Kulit nampak lebih sihat.
- Kulit nampak lebih cerah dan radang berkurangan dengan penggunaan Scullcap.
Berikut adalah testimoni-testimoni daripada mereka yang telah mengamalkan produk Overnight Renewal Whitening Cream.
Wasalam..Dah guna..Alhamdulillah best sgt2..Lembut je kat muka..Bila bangun rasa segar sangat-sangat.
Tapi, sejak guna Overnight Renewal Whitening Cream jerawat nasi dah takde. Alhamdulillah…syukur sangat.
Muka rasa lembut..Kat bawah kulit pun dah tak rasa ada biji dan jerawat nasi.
Yang paling best, parut jerawat makin pudar. Kebanyakan hampir langsung tak nampak.
Bangun pagi pun masih rasa lembut kulit macam baru basuh.
Berminat untuk dapatkan Overnight Renewal Whitening Cream Shaklee atau produk-produk Shaklee yang lain ?
Anda boleh hubungi saya melalui nombor yang tertera di bawah:-
* RUZIDAH *
013-6691930
[ ID : 933174 ]
Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang
Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Wanita… Kena sentiasa jaga kulit muka supaya kelihatan cantik selalu…
Terutamanya untuk tatapan suami… 😉
Anuar recently posted…Pak Ya Homestay Seri Iskandar Perak
betul tu..wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. yang penting jangan berlebihan dan melanggar batas.
jida recently posted…Rahsia Kulit Cantik Dan Halus Yang Wanita Ini Amalkan
Saya pakai krim malam ni. Best sangat! Bangun pagi kulit memang terasa lembut.
Tona kulit juga jadi kurang kusam berbanding sebelum ni. 😍
Kakda recently posted…Perlukah Pakai Makeup Remover Walaupun Kita Tak Pakai Makeup?
wow..memang terbaik la kan krim malam ni.
jida recently posted…Senarai Terkini Cawangan Atau Branch Shaklee Di Malaysia
Mmg berbeza kalau pakai krim malam
betul tu..thats why rekemen sangat pada sesiapa yang tengah cari krim malam..tak cuba tak tahu..
jida recently posted…Rahsia Kulit Cantik Dan Halus Yang Wanita Ini Amalkan
Waauuu… Kelembutan kulit muka idaman semua wanita. Memang best!
Tenkiu kak jida tuk sharing ni. ❤
tasnim recently posted…Kawal Tekanan Darah Tinggi Dengan Vitamin Shaklee.
Sama-sama tasnim..sharing is loving..💜
jida recently posted…7 Bahan Dapur Yang Boleh Anda Guna Untuk Tampil Cantik
Saya pun guna ni Night Cream.. best sangat sbb muka sentiasa lembap walaupun sepanjang malam tido beraircond
Bestnya..tq sebab sudi share testimoni sis kat sini..
jida recently posted…Senarai Terkini Cawangan Atau Branch Shaklee Di Malaysia
Saya baru guna krim malam ini. Sungguh menyeronokkan. Kulit rasa lembut seperti kulit bayi bila bangun tidur. Dulu tak pernah guna krim malam takut kulit semakin berminyak. Rupanya tidak dengan krim malam nutriwhite.
Lepas ni kena lebih rajin ler jawabnya guna krim malam…
Saya juga guna night cream ni. Sangat best bangun tidur pun rasa best kulit tau hehe
Oh! begitu rupanya.
Lepas ini kena rajin-rajin sapu krim malam
Mrs. A recently posted…Eh! Siapa Bagi Ni ?