Kebaikan dan Kelebihan Vitamin C Sustained Release

Memang best bila kita konsisten amalkan Vitamin C. Sebiji sehari pun dah cukup untuk menampakkan kesan untuk anda. Kat sini saya nak kongsikan apa kelebihan dan kebaikan pengambilan Vitamin C Sustained Released dari Shaklee ini.

Saya start amalkan Vitamin C ni selepas lahirkan anak. Dalam tempoh berpantang tu memang ada telan Vitamin C ni dengan vitamin-vitamin(Set Berpantang) yang lain. Bila dah start kerja selepas 2 bulan bercuti maternity leave, ramai pulak yang menegur kulit ahkak lebih berseri dan cerah (kembang jap ahkak, dik). So, saya pun fikir-fikir balik apa yang saya buat sampai ramai yang menegur kulit aku nampak lagi cantik dari sebelum beranak. Nak kata ahkak ni suka tepek itu ini kat muka, memang idak lah. Pergi rawatan facial2, pun takde. Last-last, baru aku teringat yang aku ada ambil Vitamin C secara konsisten. Memang mantaplah hasilnya. Sebab tu saya nak rekemen korang dengan Vitamin C Shaklee. Aku sudah jatuh chenta sama ini Vitamin C (wink..wink…).

Vitamin C Shaklee
Vitamin C Shaklee

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ianya sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Selain itu, sebiji Vitamin C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? Vitamin C Shaklee juga mengandungi bioflavonoids untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C itu sendiri.

Kenapa korang perlukan Vitamin C?

  1. Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri. Vitamin C dalam badan boleh hilang semasa melakukan aktiviti harian.
  2. Vitamin C dalam badan akan juga akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress). Bayangkan berapa kali korang stress dekat pejabat atau kat rumah?
  3. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam badan mereka juga terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
  4. Selain itu, sesiapa yang mengambil pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu memberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ianya:

1. Membentuk Kolagen
Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik.

2. Memperbaiki Simptom Pendarahan
Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

3. Peningkatan Sistem Imun
Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan alergi hidung dan kulit, asthma. Juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan simptom flu dan selsema.

4. Memerangi Kanser
Ianya satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

5. Mencantikkan Kulit
Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu mencerahkan kulit, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

6. Memperbaiki Insomnia
Ia memperbaiki insomnia, stres, masalah berkaitan mental seperti keresahan.

7. Mengekalkan Kolesterol Sihat
Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Banyakkan kelebihan Vitamin C Shaklee ni? Sebotol ada 180 biji. Kalau ambil sebiji sehari, tahan 4 bulan. Harga tak sampai RM100 pun. Murah, berbaloi dan jimat kan?

Berminat nak dapatkan Bekalan Vitamin C Serba Semula Jadi untuk Sepanjang Hari?

CONTACT ME NOW !!!

Ruzidah Abdullah

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

KONSULTASI BERTERUSAN & PERCUMA UNTUK PELANGGAN SAYA

COD sekitar Banting & Dengkil

POS ke seluruh Malaysia.

** Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 175 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!