Kebaikan Senaman Berjalan Kaki Untuk Ibu Hamil

Berapa kerap anda membuat senaman sepanjang mengandung? Tidak perlu lakukan senaman berat-berat, aktiviti berjalan kaki pun sudah memadai untuk ibu mengandung.

Antara kebaikan senaman berjalan kaki untuk ibu hamil ialah :-

kebaikan berjalan kaki bagi ibu hamil

1. Membantu ibu mengekalkan berat badan yang sihat disamping mengelakkan penyakit diabetis dikalangan ibu hamil.

Artikel Berkaitan : Cara Untuk Mengawal Kencing Manis Semasa Hamil.

2. Memberikan tenaga kerana berjalan kaki mampu membuatkan ibu berasa cergas dan aktif.

3. Mengurangkan tekanan ketika hamil. Bersenam mampu mengelakkan ibu berasa stress kerana berjalan di taman mampu memberikan perasaan aman dan tenang disamping menghirup udara segar.

4. Tidur dengan lena. Ibu yang rajin melakukan senaman lebih mudah tidur berbanding ibu yang kurang melakukan senaman.

5. Ibu akan berasa lebih sihat dan bersemangat untuk proses bersalin nanti.

6. Ibu aktif membantu anak menjadi aktif. Berjalan sambil berborak dengan si manja dalam kandungan membantu merangsang otak bayi.

7. Memudahkan proses bersalin. Selalunya bila berada di dalam wad untuk bersalin. Doktor akan menyarankan supaya ibu berjalan-jalan sekitar wad supaya proses bersalin mudah.

Mulakan lah rutin berjalan kaki disekitar rumah atau taman sekiranya anda ingin mendapat manfaat-manfaat di atas. Paling kurang, luangkan 15-20 minit untuk berjalan kaki setiap hari. Tak lama mana pun, janji konsisten.

Oklah, semoga info kali ini bermanfaat buat anda. Terima Kasih.

(Visited 78 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

7 thoughts on “Kebaikan Senaman Berjalan Kaki Untuk Ibu Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!