Keguguran Rambut Selepas Bersalin

Assalamualaikum w.bt

Selepas 2 bulan melahirkan baby, Jida mengalami keguguran rambut yang amat serius sehingga takut untuk menyikat rambut terlalu kerap. Malah, rambut Jida semakin lama semakin menipis dan gugur dengan banyaknya di lantai.

Untuk info, keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya. Puratanya, 100 helai rambut gugur setiap hari. Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak. Jadi, semasa hamil, rambut ibu biasanya lebih tebal dan sihat. Selepas ibu bersalin, penurunan aras hormon estrogen akan turun mendadak sebelum kembali normal. Penurunan aras hormon estrogen mengambil masa selama 2-3 bulan atau lebih lama pada sesetengah ibu. Sepanjang tempoh ini, ibu akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika ada ahli keluarga yang mempunyai masalah botak. Teori orang tua-tua mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak-anak mula menyemburkan air liurnya.

keguguran rambut-bersalin

Keguguran rambut yang agak teruk ini biasanya berterusan selama 3-6 bulan dan mungkin sehingga 9 bulan. Walaubagaimanapun ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu. Selepas tempoh tersebut pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum ibu hamil. 

Untuk mengurangkannya:-

1- Potong rambut pendek. Rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain mudah diurus.

2- Teruskan mengambil multivitamin dan minum air masak yang banyak untuk melembapkan kulit. Kulit kering mengakibatkan kelemumur.

3- Teruskan ambil makanan yang sihat dengan zat protein dan zat besi secukupnya.

4- Gunakan sikat lembut  dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut masih basah.

5- Elakkan menggunakan rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.

6- Beritahu doktor jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.

(Visited 1,250 times, 12 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!