Kehamilan di Luar Rahim

Assalamualaikum w.b.t

Kehamilan di luar rahim merujuk kepada kandungan di tempat yang salah. Seperti namanya , kehamilan di luar rahim menunjukkan implantasi berlaku di dalam tiub falopio. Keadaan ini dikenali sebagai kehamilan tiub(tubal pregnancy). Apabila kandungan tersebut semakin membesar, ia akan menyebabkan rasa sakit dan pendarahan. Sekiranya, tidak dipandang serius, tiub falopio boleh pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman.

hamil luar rahim-ruzidah

Tahukan anda, apabila keadaan ini berlaku, ia dikategorikan sebagai kehamilan kecemasan ? Ia boleh mengancam nyawa dan tidak boleh bertahan lama. Ini kerana kandungan tersebut tidak dapat dialihkan ke dalam rahim. Apabila kandungan seseorang itu di dalam di dalam tiub falopio, biasanya doktor akan menyarankan ia digugurkan.

Bagaimana ia Berlaku?
Untuk pengetahuan anda, telur yang disenyawakan mengambil masa lima ke enam hari untuk bergerak melalui tiub falopio dari ovari ke rahim ibu. Setelah itu, barulah ia akan diimplantasikan dan mulai berkembang. Kehamilan di luar rahim biasanya berlaku kerana tiub yang rosak dan menjadikan ia tersumbat atau sempit. Oleh kerana itu, ia menghalang telur tersebut untuk sampai ketempat yang seharusnya. Ketika itulah ia terimplan di dinding tiub dan bukannya pada dinding rahim.

Bila Ia Berlaku?
Kebiasaannya kehamilan di luar rahim dapat dikenalpasti pada kandungan minggu keempat hingga ke 10. Simptom-simptomnya akan kelihatan selepas seorang wanita itu tidak datang haid dalam tempoh dua minggu(lewat). Tidak mudah untuk mengenalpasti masalah ini pada permulaannya kerana kebanyakkan gejala adalah seperti datang haid atau ancaman keguguran. Antara simptom-simptom awal kehamilan luar rahim adalah seperti sakit perut seperti senggugut dan keluar darah.

3 Petanda Awal

1- Pendarahan Faraj

Darah berbeza dari darah haid biasa . Ia lebih banyak mahupun terlalu sedikit. Darahnya akan berwarna sedikit gelap atau cair. Warnanya seakan-akan jus prun.

2- Sakit berterusan pada bahagian perut.

Simptom begini adalah biasa. Sakitnya hanya pada satu bahagian di perut. Sekiranya anda merasakan diri hamil, lebih baik segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

3- Tiub menegang dan pecah akibat pembesaran embrio

– Sakit yang teruk dan merebak keseluruh bahagian perut
– Selalu berpeluh-peluh dan terasa seperti mahu pitam.
– Mengalami cirit birit
– Rasa sakit pada hujung bahu kerana pendarahan dalaman         mengganggu organ lain seperti bahagian diafragma.

Sesiapa sahaja berisiko untuk hamil luar rahim. Seandainya anda sudah lewat datang haid tetapi merasa sakit pada bahagian pinggul, berwaspadalah! Anda berkemungkinan hamil luar rahim. Apa lagi jika rasa sakit disertai dengan pendarahan kecil pada vagina atau rasa sakit perut yang perit. Oleh itu, usah menangguh waktu untuk berjumpa dengan doktor.

Info
Tahukah anda , antara penyebab kehamilan di luar rahim adalah kerana si ibu pernah menjalani pembedahan di saluran telurnya. Parut pembedahan akan menjadikan saluran telur sempit. Selain itu, pengambilan ubat untuk mengubati penyakit kelamin juga mengganggu saluran telur. Sebab lain adalah terdapat tumor yang menekan dinding telur dan memmbuatkan saluran menjadi sempit.

(Visited 544 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!