Kelebihan Bisnes Shaklee, Apa Yang Best Sangat Bila Join?

Bila Jida join Shaklee, dan buat bisnes dengannya, adalah juga beberapa teman yang bertanya mengenainya. Ye lah, hari-hari pun duk sebut Shaklee je. Best sangat ke join ‘benda alah’ ni.

best ke join shaklee

Ok, jawapan Jida, banyak la benda yang bestnya. Tapi kali ni nak cerita pasal duit je.

1. Untung runcit
Dah jadi ahli, mestilah dapat beli barang dengan harga ahli. Tapi kalau nak jual, wajiblah jual ikut harga runcit. Boleh dapat untung dalam 20% jugalah.

Walaupun diluar sana, ada juga yang main harga, jual harga ahli, atau jual lebih rendah dari harga ahli. Itu masing-masing punya pendirian, kalau dah langgar peraturan tu, agak-agak keberkatan kat mana?

2. Bonus
Bonus bulanan masuk akaun setiap 15 hb tanpa gagal. Bonus ni bagi yang cukup syaratlah. Kalau usahanya luar biasa, pulangan pun tentu luar biasa.

Sebenarnya, Jida dah dedahkan pun berapa anggaran bonus bulanan orang yang bisnes Shaklee mengikut rankingnya. Boleh baca sini kalau nak tau. Boleh berpinar mata tengok angkanya.

Kami tak dapat komisen dari paksa orang jadi ahli tapi bonus itu diperolehi hasil sales dan leadership.

3. Peluang untuk mendapat bonus kereta
Selain bonus berdasarkan mata, ada juga bahagian bonus kereta. Jika memenuhi syarat kelayakan car bonus program. Boleh beli apa saja kereta idaman.

Huwaa..so, best ke tak best? Kalau masih rasa tak best, tak tau lah nak kata apa.

4. Yuran keahlian yang berpatutan

Yuran untuk join ahli hanyalah RM79.50 untuk setahun, renewal tahunan tahun hadapan RM30. Tak perlu nak labur ribu-riban pun untuk masuk. Tak perlu nak bergolok bergadai pun bila nak mulakan bisnes ni.

Ini baru cerita part duit je. Belum masuk part trip dalam dan luar negeri. Lagi lah syok kalau cerita yang tu.

Ok, next time kita buka cerita yang trip pula ya. Memang best sangat join Shaklee sebab tu daku setia dengannya sampai sekarang. Insha Allah.

Jadi, kat sini Jida nak buka peluang pada sesiapa yang berminat untuk join group Jida bagi sama-sama dapat capai apa impian yang kita nak.

Anda bolehlah menghubungi Jida ditalian 013-6691930 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

(Visited 70 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

5 thoughts on “Kelebihan Bisnes Shaklee, Apa Yang Best Sangat Bila Join?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!