10 Kelebihan dan Keistimewaan Wanita Mengandung

Bertuahnya wanita yang di dalam rahimnya telah Allah bagi peluang untuk mengandung. Jangan sesekali merungut kerana kerana terpaksa membawa perut besar ke sana sini. Sebaiknya anda bersyukur kerana anda mendapat kelebihan yang mungkin orang lain akan rasa.

Apakah kelebihan-kelebihan mengandung yang wanita mesti tahu?

kelebihan-ibu-mengandung

 

1- Dari sudut Agama Islam, apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

2- Dua rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil. Rasulullah menyebutkan bahawa dua rakaat solat wanita hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. Ini kerana wanita yang hamil membawa janin di dalam perutnya di mana janin berkenaan turut menyertai ibunya solat, mendengar bacaan-bacaan solat dan ikut sujud bersama.

3- Wanita hamil perolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari.  Rasulullah menyatakan bahawa wanita hamil akan memperolehi pahala puasa di siang hari dan pahala ibadat di malam hari. Ini disebabkan kerana ibu yang hamil bererti membawa amanah Allah ke sana ke mari, sehingga wajar apabila ia memperolehi pahala yang besar di sisi Allah .

4- Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.

5-  Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji.

6-  Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

7- Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

8- Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.

9- Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

10- Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

MasyaAllah, banyak betul ganjaran yang Allah janjikan untuk wanita mengandung. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kita.

Sumber: Buku Riwayat Bidadari Syurga Terbitan HR Publishing

** Sekiranya anda sedang mencari Set Hamil untuk mencukupkan keperluan nutrisi semasa hamil, boleh klik sini untuk maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan , boleh hubungi Jida di talian 013-6691930.

** ATAU untuk persediaan anda semasa tempoh berpantang, anda boleh survey-survey itemnya di SINI. Sekiranya berminat, jangan segan-segan kontek Jida ya.

RUZIDAH ABDULLAH [ 013-6691930 ]

(Visited 2,366 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “10 Kelebihan dan Keistimewaan Wanita Mengandung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!