Kelebihan Menggunakan Perfecting Skin Toner Youth

Terus terang, sebelum ni Jida ingat dah cuci muka, maka dah bersih la muka Jida ni. Sekali, bila Jida apply toner, fuh rupanya masih ada kesan kotoran di kapas. Tak tau lah sama ada kesan debu atau asap atau pencemaran lainnya.
Jadi tuan-tuan dan puan-puan sekalian penting tau guna toner ni untuk pembersihan berganda. Double cleansing la kiranya untuk muka kita ni.

Jida pilih untuk guna toner Youth Shaklee yang diperbuat 100% dari tumbuhan. Dalam toner ni ada ekstrak anggur muscadine (anggur paling mahal di dunia) dan juga algae hijau kompleks.
Fungsinya untuk membersihkan kulit muka, membersihkan sel kulit mati, menghidratkan kulit serta membekalkan nutrisi bersama campuran vitamin penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal berpaten untuk menghindarkan kulit kusam.

kelebihan pakai perfecting skin toner youth

Ada banyak kelebihan yang kita perolehi jika rajin memakai toner.

1. Toner akan mengecilkan saiz bukaan liang-liang roma.

pori besar
Dah macam kulit limau dah kan. Pori-pori besar menyebabkan wajah tampak lebih berusia dari umur sebenar.

Sapukan sedikit toner pada bola / pad kapas atau pad lembut dan lap rata di seluruh muka secara perlahan lahan untuk mengeluarkan minyak dan mengecilkan kembali bukaan liang-liang roma.

2. Toner akan mengembalikan keseimbangan pH kulit kita.
Kulit kita secara semula jadi adalah berasid, dengan pada kebiasaannya mempunyai keseimbangan pH antara lima dan enam.

Setiap kali kita membasuh muka kita dengan sabun pembersih wajah, keseimbangan ini akan terjejas disebabkan oleh sifat alkali sabun tersebut.

Bagi mengembalikan pH kulit kepada keadaan asal, kemungkinan untuk ia mengeluarkan lebih banyak minyak.

Ini sebabnya kita selalu merasakan kulit kita lebih berminyak selepas mencuci muka. Bagi mengelakkan ini berlaku, penggunaan toner dapat membantu mengembalikan keseimbangan ini dengan cepat.

3. Toner akan menambah lapisan perlindungan kulit.
Toner membantu menutup liang roma & mengetatkan jurang sel selepas pembersihan dilakukan.

Ini sekali gus mengurangkan kekotoran dari alam sekitar masuk kembali ke dalam kulit. Sesuai dipakai semasa bekerja dan melancong ke tempat menarik di dalam dan luar negara.

4. Toner memerangkap lembapan.
Sesetengah toner, seperti YOUTH Perfecting Skin Toner bersifat humectants, yang membantu memerangkap lembapan di dalam kulit.

5. Toner menyegarkan kulit.
Bagi wanita bekerja yang terlalu sibuk dengan tugas, kita kerap terlupa mencuci muka.

Jangan risau, toner boleh digunakan sebagai pengganti mencuci kulit apabila ia berminyak atau kotor.

Sangat sesuai digunakan untuk menyegarkan kembali kulit kita walaupun semasa sedang dalam perjalanan.

6. Detoks
Zaman sekarang ni, serba serbi bahan kimia digunakan dalam makanan dan produk harian.

Banyak toksin yang menjejaskan kesihatan dan penampilan kulit kita berasal dari bahan kimia buatan industri.

Toner muka yang bagus akan berfungsi untuk menghilangkan toksin / racun yang berasal daripada alam sekitar seperti asap dan bahan kimia lain yang melekat pada kulit kita sepanjang berada di luar.

Ini akan membantu membuatkan kulit kita kelihatan lebih cerah dan sihat, dan ini dapat dilihat daripada kemunculan jerawat yang semakin kurang, dan kedut di muka pun segan nak timbul.

7. Kurang Masalah Jerawat.
Masalah jerawat memang tidak menyenangkan. Selain menyakitkan dan tidak sedap dipandang, jerawat boleh menyebabkan parut muka yang berkekalan.

Jerawat juga boleh menyebabkan kulit kita kelihatan lebih berminyak dan kusam.

Wanita sering mengalami perubahan hormon, contohnya semasa hampir datang haid, ataupun semasa mengandung.

Sebab itu kulit jadi lebih berminyak semasa hamil atau datang period, dan jerawat pun mudah datang.

Dengan mengurangkan risiko kulit terlalu berminyak dan sisa kulit mati, toner muka membantu mengurangkan kerosakan pada kulit muka.

Dan semestinya mengurangkan masalah jerawat yang mungkin kita hadapi di masa depan.

Bila dah tahu betapa banyaknya kelebihan apabila menggunakan toner, rasa ruginya tak guna dari dulu. Kalau tau, dah tentu lebih halus kulit ni. Takde lah orang ingat usia Jida ni lebih tua dari sepatutnya.

Pengalaman sendiri setelah guna Perfecting Skin Toner Youth.

Sehingga entri ni ditulis, Jida sebenarnya baru menggunakan pencuci muka ( Luminous Gel Oil Cleanser), toner (Perfecting Skin Toner dan Krim Malam ( Night Cream) dari rangkaian Youth Skincare. Walaupun belum mencuba set penuh, tapi dalam jangkamasa 20 hari, Jida dah rasa pori-pori kulit Jida menjadi lebih halus dari sebelumnya. Memang best sangat.

Jadi, kalau anda di antara anda yang berminat untuk mendapatkan Perfecting Skin Toner, boleh lah dapatkan daripada Jida dengan menghubungi nombor di bawah.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp Klik Sini >> 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

(Visited 11 times, 11 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!