Kelengkapan Bayi di Jualan Gudang Pureen

~~ Kesinambungan dari siri Jualan Gudang F.O.S

Setelah bershopping sakan di jualan gudang yang pertama, encik suami masih lagi tak puas hati. Tetap juga nak pergi ke Jualan Gudang Pureen. Dapat lalu depannya pun jadilah. Nak tengok havoc ke tak kat situ. Disebabkan jarak diantara warehouse F.O.S dengan Pureen lebih kurang 5km je jauhnya, maka sebagai isteri mithali, ku ikutkan je lah. Mana tahu kot2 banyak baju baby yang murah kitaorang dapat grab kat sana pulak.

Setibanya kat sana, memang dah seram sebab tengok orang parking kemain jauh. Lagi-lagi, dah nak start hujan kat situ. Tapi, bila dah alang-alang sampai situ, kitaorang cubalah nasib pergi sampai pintu depan, cari parking dekat-dekat. Takdelah nak kena menapak jauh-jauh. Lagi-lagi mak mertua pun nak masuk sekali. Nak beli baju untuk cicit barunya. Alhamdulilah, nasib menyebelahi kami, dapat jugalah parking hampir dengan pintu masuk.

Dek kerana terlalu ramai umat manusia kat dalam tu, aku ngan anak-anak tunggu je la dalam kereta ( tak sanggup den nak bersesak-sesak macam sardin dalam tu ). Tunggu diaorang masuk tengok apa yang ada.

Selepas hampir 45 minit, encik suami pun datang kat kereta. Katanya baju-baju dah tak banyak. Dia cuma dapat grab dua je. baju tidur untk Dalili. RM3 untuk baju, RM3 untuk seluar. So, total sepasang RM6. OK la tu kan. Mungkin sebab hari itu merupakan hari terakhir sales dan lagi pula dah tengahari, jadinya diaorang pun dah tak topup lagi dah baju-bajunya. Takpelah, selamat jugak duit yang tinggal saki-baki tu…Hihi…

pureen item

Sebenarnya, kat dalam tu ada pelbagai jenis lagi barangan keperluan bayi dan ibu yang dijual seperti botol susu, pampers, napkin, towel baby dan lain-lain yang berkaitan dengan bayi. Aku pernah ke sini semasa mengandungkan Dayana. Selepas 4 tahun, baru terasa nak datang lagi…Hehehe

Dah gitu, kami pun bertolak balik..Vroommm…Bye!

(Visited 389 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!