Kenali 8 Tanda Badan Banyak Toksin

Berapa banyak toksin yang telah berkumpul di dalam badan kita, memang tidak akan nampak pada luaran. Tapi, simptom-simptom badan kita banyak menyimpan toksin boleh dikesan apabila kita ada tanda-tanda seperti:-

tanda badan banyak toksin

1- Toksin tinggi dalam badan jika sering berasa letih

Apabila toksin dalam badan tinggi, badan akan cepat berasa letih dan mengantuk walau pun sudah cukup tidur. Badan anda menjadi lesu dan tidak bermaya untuk buat kerja dengan efektif.

Balik je dari kerja, terus rasa nak baring dan lelapkan mata. Tak nak dah buat sebarang kerja rumah. Penatnya dah semacam orang kerja buruh, sedangkan kerja anda di dalam pejabat.

2- Toksin tinggi dalam badan jika berat badan sukar turun

Geram kan rasanya, kenapalah berat badan susah sangat nak turun. Anda sudah mengawal pemakanan dan melakukan senaman untuk menurunkan berat badan, namun ia tidak berhasil jika toksin di dalam badan tinggi.

3- Toksin tinggi dalam badan jika nafas berbau

Orang sekeliling akan menjauh dari kita sekiranya kita mempunyai masalah nafas berbau. Kadang-kadang kita pun tak perasan kita mempunyai masalah ini sehinggalah anda yang menegur. Aduh, malu juga kalau sampai kena tegur kan?

Nafas berbau juga ada berkaitan dengan toksin. Kandungan toksin yang tinggi akan mengganggu proses penyingkiran toksin dari tubuh melalui salur pencernaan. Bau mulut adalah berkaitan dengan pencernaan yang tidak cekap.

4. Toksin tinggi dalam badan jika sembelit.

Secara semulajadi usus akan menyingkirkan racun keluar dari tubuh. Apabila sembelit, racun tersebut  tidak dapat dikeluarkan dan tersimpan dalam tubuh. Ini akan menyebabkan kesan negatif seperti sakit kepala, lenguh badan dan keletihan.

5. Toksin tinggi dalam badan jika daya ingatan dan tumpuan yang lemah

Bayangkanlah, anda nak keluar, pintu dah dikunci, kemudian anda pandu kereta. Tiba-tiba anda terlintas difikiran samaada anda dah kunci pintu atau tidak. Aduh, baru saja anda keluar dari rumah, dah terpaksa patah balik semata-mata nak periksa kunci.

Begitulah juga dengan hal-hal lain. Anda kerap lupa apa yang anda lakukan dan ini boleh memberi kesan buruk dalam kehidupan anda setiap hari. Tanpa kita sedari, pengumpulan toksin boleh menyebabkan daya ingatan dan tumpuan menjadi lemah. Ini akan menyebabkan anda kerap berasa cemas.

6- Toksin tinggi dalam badan jika alahan dan masalah sinus

Setiap kali bangun pagi mesti anda akan bersin dengan kuatnya. Kadang-kadang sampai merah mata dan hidung dek kuatnya bersin. Tak suka kan bila hidung super sensitive pada bau-bauan dan persekitaran. Nak duduk dekat orang ramai pun segan jadinya.

Untuk info, toksin tinggi menyebabkan sistem imun menjadi lemah yang mengakibatkan anda terlalu sensitif pada bau terutamanya bau wangi.

7- Toksin tinggi dalam badan jika kulit bermasalah

Kulit pada bahagian adalah yang paling penting dalam penampilan anda sehari-hari. Oleh sebab itu, ada orang sanggup berbelanja beribu ringgit untuk cantik.

Tapi, tahukah anda bahawa, masalah kulit seperti jerawat dan ruam mungkin disebabkan tubuh banyak toksin. Selain itu juga, jika toksin terlalu tinggi juga boleh menyebabkan mata menjadi bengkak. Jadi, sebelum anda berfikir untuk merawat wajah secara luaran, pastikan dulu dalaman anda juga sihat.

8- Toksin tinggi dalam badan jika tiada kesan terhadap makanan tambahan dan ubat

Kehadiran toksin dalam tubuh juga boleh menyebabkan makanan tambahan dan ubat-ubatan yang diambil tidak menunjukkan kesannya. Sebagai contoh, dah puas kita telan Vitamin C, tetapi kulit kita tetap macam tu juga, tiada perubahan. Haa..itu maknanya, vitamin c tidak dapat diserap sebaiknya dek kerana kehadiran toksik yang ada dalam badan kita tu.

Badan kita melambangkan tahap kesihatan kita. Pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat merupakan antara faktor yang menyebabkan pengumpulan toksin dalam badan. Kandungan toksin yang tinggi dalam badan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti sering berasa lesu dan tidak bermaya.

Oleh itu, adalah sangat perlu untuk anda melakukan proses nyahtoksin dari badan agar masalah-masalah yang anda hadapi seperti di atas dapat diatasi. Salah satu caranya adalah dengan menyingkirkan toksin dengan pengambilan suplemen. Anda boleh terus baca info selanjutnya di artikel ini >> Set Detoks Bantu Singkirkan Toksin.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan maklumat yang berguna untuk kita semua. Sehingga bertemu di artikel seterusnya. Wasalam.

(Visited 95 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!