Kenali Air Ketuban bagi Wanita Hamil

Sebelum mengandungkan anak pertama memang saya tidak ambil tahu langsung mengenai apa itu ‘air ketuban’. Ye lah buat apa nak ambik tahu sebab tiada kena mengena dengan kita pun kan. Tetapi, sebenarnya penting untuk kita kenali akan apa itu ‘air ketuban’ kerana kita sekurang-kurangnya sudah bersedia dengan ilmu mengenainya secara umum sekiranya kita hamil nanti.

air-ketuban-mengandung

Ciri-ciri Air Ketuban

  • Air ketuban bersifat jernih dan tidak berwarna.
  • Air ketuban boleh bertukar menjadi kehijau-hijauan atau kecoklatan sekiranya bercampur dengan najis janin.
  • Tidak pekat seperti cecair lelehan faraj.
  • Tidak hancing seperti air kencing.

Bagaimana ia terhasil ?

Kebanyakan air ketuban terhasil daripada air kencing bayi di dalam kandungan. Ini terutamanya pada minggu ke-12 hingga ke-14 setelah buah pinggang janin menjalankan fungsinya. Pada trimester ke-3 kehamilan pula, kebanyakkan air ketuban dihasilkan oleh selaput ketuban, kulit, buah pinggang dan saluran pernafasan janin.

Fungsi air ketuban

  1. Ia mengisi ruang perantara di antara janin, tali pusat dan dinding rahim bagi membantu penyerapan kesan hentakan luar (trauma kemalangan).
  2. Menyerap kesan himpitan sekiranya berlaku pengecutan rahim
  3. Menstabilkan suhu persekitaran.
  4. Bertindak sebagai lapisan pendinding kepada jangkitan dan memberi ruang kepada bayi dalam kandungan untuk menggerakkan anggota tubuh iaitu kaki dan juga tangannya.

Ketuban Pecah

Air ketuban boleh pecah sama ada secara sendiri mahupun menerusi prosedur tertentu. Salah satu penyebab ketuban pecah ialah prosedur memecahkan kantung ketuban yang biasanya dilakukan oleh doktor sewaktu anda mengalami kontraksi. Selain daripada itu, air ketuban yang terlalu berlebihan boleh menyebabkan rahim mejadi terlalu tegang dan tidak mendapat tekanan di dalamnya lalu pecah.

Oleh yang demikian, air ketuban yang keluar tidak harus dipandang ringan. Sekiranya anda mengesyaki air ketuban anda keluar sebelum tiba waktunya, segeralah berjumpa dokor untuk mendapatkan pengesahan  dan menjalani rawatan susulan.

(Visited 1,484 times, 15 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

6 thoughts on “Kenali Air Ketuban bagi Wanita Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!