Kenali Jenis Kulit Anda

Anda mempunyai jenis kulit yang mana satu?

skin-types
Kering? Normal? Berminyak ? Tak Tahu ?

Hehe..Memang ada di kalangan kita yang tidak tahu apa jenis kulit yang mereka ada. Harap-harap info seterusnya dapat membantu anda untuk mengenali jenis kulit yang anda miliki. Senang nanti nak beli produk kecantikan yang sesuai , tidak lah tersalah beli pula.

 So, untuk mengenalpasti yang mana satu, cuba baca info yang disediakan di bawah.

KULIT NORMAL

  • Sebum atau minyak semulajadi pada muka adalah seimbang; tidak terlalu berminyak; tidak terlalu kering.
  • Tekstur kulit kelihatan lembut
  • Liang roma kecil
  • Kulit jarang mendapat jerawat. Kalau adapun hanya pada waktu-waktu tertentu seperti pada waktu period atau stress.

Kulit Normal adalah sangat beruntung. Kulit seperti ini biasanya smooth, kalau berbedak nipis pun tiada masalah. Kadang-kadang mereka ini ada liang roma yang terbuka di kawasan T-zone (dahi, hidung & atas mulut. Tapi biasanya tidaklah terlalu ketara. Semuanya in balanced.

KULIT KERING

  • Kelenjar minyak kurang aktif, jadi kurangnya penghasilan sebum
  • Tekstur kulit kasar, kadang-kadang menggelupas
  • LIang roma kecil dan kadang-kadang tidak kelihatan, kusam tidak berseri.

Kulit kering ni biasanya terasa lebih tegang selepas dicuci. Kebiasaannya seluruh muka ada daerah yang menggelupas , kasar dan dehydrated.

KULIT BERMINYAK

  • Kelenjar minyak sangat aktif, terlalu banyak penghasilan sebum.
  • Muka kelihatan berkilat dan melekit.
  • Liang roma besar, jelas kelihatan.
  • Mudah dijangkiti jerawat kerana liang roma mudah tersumbat dan menyebabkan radang.

Kulit nampak berminyak lebih-lebih lagi di kawasan Zone-T. Minyak yang sangat ketara dan selalu kena wipe.  Make-up akan hilang selepas 3 jam dipakai!

KULIT KOMBINASI

  • Gabungan ketiga-tiga jenis kulit di atas iaitu kulit biasa , kering dan berminyak.
  • Secara amnya, bahagian dahi dan hidung (T-zone) berminyak dan kering di bahagian pipi dan dagu.
  • Liang roma di zon T biasanya besar dan memudahkan jangkitan jerawat.

KULIT SENSITIF

  • Mudah merengsa jika salah memilih produk
  • Mudah kemerahan jika berada dalam cuaca panas terik matahari.

Ada banyak jenis kulit yang sensitive. Ada sensitive normal, sensitive kering, kombinasi dan sensitive berminyak. Kalau salah beli produk, muka jadi gatal, kemerah-merahan ataupun naik jerawat. Ini biasanya berpunca daripada beberapa factor, contohnya cuaca, persekitaran yang kotor, pengambilan ubatan, diet yang kurang seimbang, hormone tidak seimbang , allergi pada chemical dalam  produk dan sebagainya.

Lain orang, lain jenis kulitnya. Sebab itu apabila memilih produk kecantikan, baca betul-betul label yang ditulis. Lagi-lagi kalau anda memiliki kulit sensitive. Silap beli, terpaksalah tanggung risikonya. Adiosss…

(Visited 92 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!