Kenapa Bayi Tidak Boleh Diberikan Air Selain Susu Ibu ?

Assalamuaikum w.b.t

Masa bersalinkan Dayana, Jida terpaksa ditahan 3 hari di wad disebabkan bersalin secara pembedahan. Pada masa itu, susu Jida tak keluar sangat. Makanya, si Dayana menangis lah melalak-lalak dek kerana lapar. Memang tidak tahu nak buat apa masa tu. Gabra jugak la. Dah lah anak pertama, pastu operate pulak. Nak turun dari katil pun terseksa. Makanya, Jida suapkan air putih pada Dayana supaya dia berhenti menangis . Rupanya, tengah bagi air masak tu nurse nampaklah pulak. Makanya, kena lah ‘lecture’ oleh nurse tersebut. Sedih.

Kenapa nurse tersebut lecture Jida bila Jida bagi bayi air putih? Inilah sebab-sebabnya yang perlu ibu-ibu baru ambil perhatian.

Glass of water with bubbles

1. Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu.
Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi.Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan khasiatnya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

2. Merencatkan Akal
Memberikan air kepada bayi diawal kelahiran didapati meningkatkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar laktasi dari Kanada , Anne Kirkham, pemberian air memburukkan lagi keadaan bayi yang diserang jaundisĀ (sakit kuning), sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu terencat akal. Bayi juga akan bertambah mengantuk, lesu dan tidak bermaya.

3. Mengancam Nyawa
Air boleh mebawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan.Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat. seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi
kepada pelbagai jangkitan.

4.Mengakibatkan sawan tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur dibawah 5 minggu. Terlalu minum air boleh mencairkan garam di dalam darah bayi. IniĀ akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau ‘sawan tarik’. Sindrom ini dipanggil ‘oral water intoxication’.

Tentu sahaja kita mahu mengelak daripada berlakunya kejadian seperti ini kan? Sebagai ibu bapa yang prihatin, elakkan memberi bayi anda air putih supaya tiada kejadian tidak diingini boleh berlaku kepada bayi anda.

 

(Visited 3,334 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!