Kenapa Ibu Berpantang Tidak Boleh Keluar Rumah Sesuka Hati

Terpanggil pula Jida untuk buat entri ini setelah dah beberapa kali pula Jida terserempak dengan orang yang masih berpantang keluar rumah sesuka hati ni. Tak kisahlah sama ada pergi ikut keluarga jalan-jalan, makan-makan diluar atau apa-apa sahajalah.

Pernah Jida nampak seorang ibu yang masih berstoking dan jalannya pun perlahan-lahan keluar masuk kedai di Nilai 3. Masa tu Jida di dalam kereta sedang menunggu suami dan ibu mertua shopping. Makanya, Jida perhatikan je wanita tersebut.

Satu demi satu kedai yang menjual barangan pengantin dia masuk. Walaupun disebelahnya ada ahli keluarga yang lain, yang tolong memegang bayinya yang masih kecil, tapi Jida rasa sangat tak patut dia keluar jalan-jalan semasa masih dalam pantang. Dah lah cuaca panas ketika itu, orang pun ramai. Korang bayangkanlah suasana Nilai 3 dihujung minggu macam mana?

Begitu juga dihari yang lain, sekali lagi di satu tempat rekreasi, seorang lagi ibu yang masih berpantang membawa bayinya jalan-jalan. Aduh, duh..kalau adik sendiri, Jida dah tegur direct je. Bayinya masih merah, kau dah bawak jalan sana sini. Geram sungguh rasanya.

Kenapa ibu berpantang tidak boleh keluar rumah sesuka hati?

kenapa ibu berpantang tidak boleh keluar

Ada banyak sebab kenapa ibu-ibu berpantang ni dilarang dari keluar rumah sesuka hati tanpa sebab yang khusus. Walaupun dunia kian moden, tapi pantang larang orang lama-lama ni masih lagi relevan untuk digunakan dalam kehidupan kita.

Antara sebabnya adalah seperti,

1 – Keadaan sekeliling yang terdedah dengan pencemaran.

Keadaan cuaca, persekitaran, kebersihan dan keselamatan diluar yang sudah tentu tidak sama dengan suasana diluar mungkin akan memberi kesan pada ibu yang sedang berpantang. Apabila kerap keluar rumah, ibu berisiko terdedah kepada pelbagai jangkitan kuman dan seterusnya bakal melambatkan proses penyembuhan ibu yang baru bersalin.

2. Unsur-unsur negatif dan mahkluk halus.

Walaupun kita hidup dizaman moden, ibu-ibu tetap kena percaya kewujudan makhluk spiritual ini. ( Namun, jangan sampai terlalu takutkannya pula sehingga menyekutukan Allah.)

Lagi-lagi apabila baru lepas bersalin ni kan, keadaan dan dalaman ibu berpantang yang ‘tidak bersih’ dan ‘kotor’ boleh menarik perhatian unsur-unsur negatif dan makhluk halus untuk mendekati. Bimbang pula sekiranya ibu dan bayi di’ganggu’ mereka.

3. Sistem tubuh bayi masih lemah

Bayi yang masih kecil tidak boleh terdedah kepada persekitaran luar yang tidak selamat. Ini kerana sistem tubuh badannya masih lagi lemah dan tidak sekuat orang dewasa. Dibimbangi apabila bayi dibawa keluar bersama, dia mungkin terdedah kepada gangguan anasir jahat, jangkitan kuman dan bermacam perkara negatif lagi.

4. Ibu tidak mendapat cukup rehat

Dibimbangi ibu boleh mengalami bentan akibat tidak cukup rehat kerana sibuk keluar rumah. Takut weh kena bentan. Jadi, baiklah kita beringat sebelum kena.

5. Sukar jaga makan bila berada diluar

Almaklum saja lah bila keluar ni, perut pun rasa lapar. Nampak pula makanan pelbagai jenis, lagilah rasa terliur. Nak cari makanan berpantang diluar mungkin agak terhad. Maka, bedal sajalah, perut pun dah berbunyi.

Jangan jadikannya perkara remeh ibu-ibu. Makanan dalam pantang yang tidak sesuai boleh menyebabkan proses pemulihan terganggu.

Mungkin ada yang kata, boring sangat lah dok terperap dirumah berhari-hari. Sesekali mau juga tengok dunia luar. Mau juga cuci mata.

Aduh puan, sudah habis berpantang nanti, keluarlah sesuka hati mu. Tahan sahaja keinginan nak berseronok demi kesihatan diri sendiri.

Selain dari pergi klinik atas urusan bayi dan hal-hal penting, cubalah elakkan dari keluar rumah sesuka hati. Jaga keselamatan dan rehat secukupnya dirumah sewaktu berpantang.

Mencegah adalah Lebih Baik. Menyesal Kemudian Tiada Gunanya.

(Visited 236 times, 15 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Kenapa Ibu Berpantang Tidak Boleh Keluar Rumah Sesuka Hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!