Kenapa Lelaki Tidak Suka Makan Vitamin ?

Berbanding wanita, kaum lelaki agak sukar untuk mengamalkan pengambilan vitamin. Sepanjang menjadi pengedar vitamin ni, kebanyakan pelanggan Jida adalah terdiri daripada wanita. Jarang-jarang ada jugalah pelanggan lelaki yang bertanya dan membeli tapi bilangannya tak ramai.

Pengambilan vitamin sinonim dengan wanita?

Tak betul tu. Sebab fungsi vitamin ada pelbagai. Bukan sekadar nak cantik semata. Ada vitamin untuk memelihara kesihatan jantung, ada juga untuk mengawal kencing manis, untuk berhenti merokok, meningkatkan kesuburan dan pelbagai lagi. Jadi, jangan lah kata vitamin ni sesuai untuk wanita je. Lelaki pun sesuai mengamalkannya.

Bukan kata orang lain, suami Jida sendiri pada mulanya sukar nak terima bila kena minta ambil vitamin. Katanya masih boleh bertahan. Masa tu dia selalu kena pedih ulu hati sampai kadang-kadang kena ambik MC berhari-hari.

Bila dah selalu Jida cerita manfaat sesuatu vitamin tu kat dia. Suami mula mencuba, tapi masa tu tak konsisten lagi. Lama-lama, siap dia pula yang bagitau kita vitamin apa yang dah habis. Hehe…

Maybe sesetengah lelaki termasuk lelaki yang Jida ceritakan macam diatas ni merasa agak sukar untuk terima benda-benda remeh macam ni bagi mereka. Selagi isteri tak hidang, selagi tu la tak ambil tahu. Tahniah ye pada mana-mana isteri yang telah berjaya menjadikan suami anda seorang yang suka menjaga kesihatan. Mula-mula mungkin kena hidang, lama-lama nanti dah tak payah suruh, bila dah suka, pandailah mereka makan sendiri.

Cuba anda tonton video lelaki ini dan bagaimana peranan seorang isteri yang penyayang dalam menjaga kesihatan suaminya.

Dah tonton? Alhamdulillah. Semoga lebih ramai lelaki diluar sana yang makin sedar akan kepentingan vitamin di dalam kehidupan mereka.

Bagi Jida sendiri, niat Jida menjadi pengedar vitamin bukan hanya untuk jana pendapatan semata-mata. Tujuan Jida promote juga untuk membantu mereka-mereka yang ada masalah kesihatan tertentu supaya menjadi lebih sihat. Apabila Jida dapat feedback positif dari pengguna mengenai produk Shaklee yang diaorang guna. Rasa bersyukur sangat sebab dah bantu mereka. Dan sudah tentu, perkara itu berlaku dengan izin Allah jua.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 48 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!