Kenapa Perlunya Air Kosong Yang Mencukupi Setiap Hari?

Kenapa perlunya air kosong?Walaupun kita ni orangnya memang cukup makan nasi pagi petang siang malam. Minum air pun kena cukup juga. Paling kurang kena minum 8 gelas sehari. Itu yang minimum. Kalau minum lebih pun takpe.

Air kosong

Dan…Bukan sebab makan vitamin atau ubat je korang kena minum air banyak. Memang badan kita perlukan air untuk pemprosesan. Ianya kan bertindak seolah-olah pelincir dalam badan kita.

Kalau kurang air, macamana badan kita nak membuang toksin. Bila badan banyak toksin berkumpul, kita akan rasa letih, lesu dan tidak bermaya.

Selain tu, aura negatif pun banyak. Tak de angin, takde ribut asyik nak moody, marah, geram, murung dan macam-macam lagi la. Habih semua orang jadi tak kena di mata ko. Hancusss…

Dan kalau kata korang amik ubat atau supplemen, confem-confem la susah nak diserap dalam badan.

Lagi satu..kenapa air kosong?

Ini kerana air yang manis bukan sahaja meningkatkan kepekatan darah malah punca utama masalah kegemukan atau obesiti. Sebab tu, ada org bila makan manis sikit, berat dia cepat naik badan.

Jadinya..bila kita minum air dengan secukupnya maka penyerapan vitamin oleh badan berlaku dengan lebih baik dan optimum. Lagipun kan, fungsi lain vitamin adalah untuk menyingkirkan toksin. Air yang banyak diperlukan untuk proses pengangkutan toksin-toksin ini keluar dari badan kita. Jadi air yang berada di dalam badan akan membantu membawa toksin itu keluar samada melalui perkumuhan ataupun berpeluh.

Bagaimana pula nak minum air biar cukup 2 liter sehari ni? Bercinta betul laaa…?

Ok. Apakata korang ikut tips ni.

1. Bangun je tidur..ambil satu gelas air kosong. Prepare siap-siap kat tepi katil tu kalau boleh. Minum segelas air sebaik sahaja bangun tidur dipercayai adalah merupakan petua awet muda!?

2. Sebelum makan ambil lagi segelas air. Pengambilan air sebelum makan boleh membantu mengurangkan berat badan dan mengelakkan makan secara berlebihan.

3. Setengah jam selepas makan, ambil lagi segelas air.

4. Minum air segelas selepas ke tandas atau selepas menyusukan anak.

5. Letakkan sebotol air atas meja kerja.

6. Pastikan sebotol air dibawa ke mana sahaja.

7. Minum bila-bila rasa haus atau lapar.

8. Sejam sebelum tidur…minum lagi segelas air.

Mudah kan? Follow je tips ni, Insha Allah anda akan dapat minum 2 liter air sehari. Yang penting, apabila badan kita cukup air, kita akan jadi lebih segar dan positif.

???

Ruzidah

SID : 933174

(Visited 107 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!