Kepentingan Penyusuan Susu Ibu dengan Kerap

Apa khabar semua mommies di luar sana? Adakah anda masih menyusukan anak atau baru melahirkan anak dan sedang mencari info-info berguna mengenai penyusuan? Pernahkah anda mendengar tentang kekerapan penyusuan susu ibu yang sepatutnya kepada bayi anda.

baby-breastfeed

Kenapa sebenarnya perlu menyusui bayi dengan kerap?

1- Memastikan bayi mendapat susu yang mencukupi walaupun ibu telah kembali bekerja atau berpisah sementara.

2- Susui bayi mengikut kehendak bayi bukan mengikut waktu tertentu.

3- Susukan bayi dengan kerap pada setiap waktu terluang semasa anda bersama dengan bayi walaupun ketika bayi tidak mahu memulakannya.

4-  Jangan gunakan puting kosong.

5- Perah susu ibu selepas menyusukan bayi. Cara ini akan membantu payudara anda menghasilkan lebih banyak susu.

6- Dapatkan rehat, kalori dan minuman yang mencukupi. Jangan risau tentang pengawalan berat badan dengan mengurangkan makan kerana memberi susu ibu boleh membantu ibu mendapat bentuk badan asal dengan lebih cepat berbanding dengan ibu yang memberi susu botol.

TIPS Bagi Ibu bekerja

✿ Susui bayi sejurus sebelum pergi kerja dan sebaik sahaja balik dari kerja. Beri penyusuan susu ibu di payudara sepanjang masa semasa ibu berada di rumah dan pada hari cuti.

✿ Jika mampu, gunakan pam berkembar (double pump). Ia dapat menjimatkan masa mengepam dan meningkatkan penghasilan prolactin.

✿ Lebihkan kekerapan memerah susu di tempat kerja, sekurang-kurangnya 2-3 kali.

Tenangkan fikiran

✿ Semasa bayi sedang menyusu, perah payudara yang sebelah lagi. Pendekatan ini lebih berkesan bagi bayi yang berumur kurang daripada enam bulan.

Tidur bersama bayi pada waktu malam dan jangan abaikan penyusuan malam kerana ia dapat meningkatkan penghasilan susu.

Kepentingan posisi dan pelekapan yang baik semasa penyusuan susu ibu.

1- Membolehkan bayi mendapatkan susu ibu yang mencukupi secara efektif

2- Mengelakkan masalah bengkak payudara seperti bengkak payudara dan sakit puting.

3- Melancarkan pengaliran susu.

POSISI Ibu yang betul ialah :-

1- Selesa dengan bahagian belakang. Kaki dan payudara disokong (jika diperlukan).

2. Badan bayi selari.

3- Badan bayi rapat ke badan ibu supaya bayi di bawa ke payudara dan bukan payudara ke bayi.

4- Bayi diampu sepenuhnya kepala, bahu dan seluruh badan untuk bayi baru lahir.

5- Bayi menghadap ke payudara ibu dengan hidung bertentangan dengan payudara.

breastfeed-correct

(Visited 2,316 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!