Keperluan Ibu Berpantang Yang Perlu Anda Tahu

Hujung bulan lepas ramai juga kenalan Jida yang baru melahirkan anak. Samaada yang baru pertama kali menjadi ibu atau yang dah masuk anak keempat setiap kelahiran ada ceritanya yang tersendiri.

Namun begitu, bagi Jida yang terpenting sekali adalah menjaga kesihatan ibu sepanjang tempoh berpantang itu. Tak kisah berapa hari anda mahu berpantang, yang penting jagalah kesihatan dalaman dan luaran sebaiknya.

Minggu-minggu pertama kelahiran

Untuk minggu-minggu pertama kelahiran ni, mungkin ibu masih mencuba untuk menyesuaikan waktu tidur bayi yang kadang-kadang suka sangat terjaga tengah-tengah malam. Bagi ibu-ibu baru semestinya ini pengalaman pertama anda menguruskan bayi tetapi percayalah sedikit demi sedikit kita tidak akan kekok menguruskan mereka. Jadi, jangan lah risau kalau dua tiga hari ni agak huru hara untuk anda. Percayalah, semua ibu-ibu baru yang lain pun begitu juga. Boleh baca sedikit perkongsian yang Jida tulis khas untuk ibu baru di sini. Mungkin boleh dijadikan sedikit panduan untuk anda.

Bersalin Normal vs Pembedahan

Alhamdulillah, dua-dua pun Jida pernah melaluinya. Dan secara peribadi, tentu sahaja bersalin secara normal lebih pantas tempoh penyembuhannya. Mananya tak, pembedahan melibatkan luka yang lebih dalam dan besar untuk mengeluarkan bayi, maka tentu sahaja kesakitannya juga berbeza. Yang paling penting jagalah diti sebaiknya selepas bersalin. Ingat 13 pantang larang orang dulu-dulu yang masih lagi relevan untuk diikuti oleh wanita masa kini.

Peranan suami semasa isteri berpantang

peranan suami semasa isteri berpantang

Semasa isteri berpantang, si suami haruslah membantu isteri menguruskan rumah tangga. Walaupun mungkin bukan semua dapat dibuat disebabkan tuntutan kerja, suami tolonglah setakat yang termampu.

Isteri seharusnya diberikan peluang untuk berehat secukupnya semasa dalam tempoh berpantang tersebut dan tidak sepatutnya dibebankan dengan kerja-kerja rumah. Kerap melakukan kerja-kerja lasak boleh menyebabkan isteri terkena bentan. Bentan sangat bahaya pada wanita baru bersalin, dan para suami perlu prihatin dengan keadaan kesihatan mental dan fizikal isteri sepanjang tempoh berpantang.

Walaupun begitu, pada masa yang sama pihak isteri juga kenalah menjaga perasaan suami agar tidak terasa sepanjang tempoh dia menjaga anda.

Ingat, suami masih ketua keluarga anda! Persefahaman antara suami dan isteri adalah kunci kebahagiaan rumah tangga. Cik isteri bolehlah terjah entri Jida yang berkaitan dengan topik ini disini ya. >> Tips Jaga Hati Suami Di Saat Lahirnya Si Kecil.

Penjagaan Kesihatan Diri Semasa Berpantang.

Walaupun senarai ini seharusnya anda sediakan atau booking sebelum bersalin tapi sekiranya anda masih lagi dalam tempoh berpantang, tiada salahnya kalau anda baru terfikir untuk mencarinya. Tukang urut untuk mengurut seluruh tubuh yang lenguh dan lesu, set berpantang dan jamu untuk kesihatan dalaman, mandian herba untuk kesegaran luaran semuanya boleh dilakukan secara atas talian. Atau paling tidak dapatkan bantuan suami atau saudara terdekat untuk carikan. Semua ini bagus untuk diri anda yang masih tidak kuat agar dapat pulih seperti biasa. Nak senarai lebih lengkap? Haa, yang ni boleh rujuk pada ibu, ibu mertua atau sesiapa yang banyak pengalaman. Tentu sahaja nasihat mereka sangat berguna kerana mereka lebih tau dan merasainya lebih dulu dari kita.

Ok lah itu sahaja coretan Jida petang ni. Semoga ibu-ibu yang baru melahirkan ini cepat sihat dan ceria selalu. Inshaallah.

(Visited 51 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Keperluan Ibu Berpantang Yang Perlu Anda Tahu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!