Kerja Sambilan, Hanya Dari Rumah – Guna Internet Je

Baru-baru ini ada dua pelajar yang menghubungi Jida dan mereka berminat untuk memulakan bisnes secara sambilan. Seorang pelajar lelaki yang bakal meduduki peperiksaan STPM dan seorang lagi pelajar sebuah kolej. Walaupun usia mereka baru menghampiri 20-an, tetapi pemikiran anak muda ini memang jauh ke depan.

Golongan anak muda beginilah yang ingin  Jida bantu jika mereka benar-benar serius mahu mengatur masa hadapan mereka. Ini sebabnya Jida ada tulis mengenai entri Peluang Jana Pendapatan, Pelajar Pun Boleh Buat dan Cara Cari Duit Sampingan Untuk Student supaya golongan anak muda yang suka berbisnes ini boleh memulakan langkah berbisnes dengan mencuba peluang yang ditawarkan.

Selain pelajar, target Jida juga mahu membantu surirumah untuk menjadi surirumah bergaji dan berjaya.

mama bekerja dari rumah

Terdapat 5 sebab kenapa bisnes ini boleh dilakukan dari rumah dan menggunakan internet sahaja. Antaranya ialah :-

1. Tak perlu keluar rumah jika ingin order barang dari Shaklee

Semuanya boleh dilakukan secara online samaada dengan menggunakan komputer mahupun telefon pintar. Klik sahaja laman web shaklee2u, pilih item yang ingin dibeli, masukkan maklumat penghantaran, bayar dan Siapp!! Tunggu sahaja Abang posmen hantarkan barang ke depan rumah. Jadi, jangan risau kalau susah nak mengangkut barang-barang sambil bawa anak-anak.

2. Bisnes boleh dilakukan secara online atau offline. Ikut keselesaan sendiri

Kalau jenis yang pemalu macam saya ni . Haha.. 90% peratus sales saya lakukan dengan medium Facebook dan Blog. Sentiasa share mengenai kelebihan produk pada kawan-kawan. Insha Allah, pasti ada yang PM dan bertanya nanti sebab produk Shaklee memang dah ramai yang amalkan dah dapat kesan baik daripadanya.

Tak ada Facebook? Tak tahu berblog? Owh..jangan risau. Jida sedia membantumu, wahai tuan puan yang hebat. Malah, kita pun ada kumpulan sokongan yang boleh membantu asal saja anda mempunyai sekeping ‘hati yang kental’ untuk berjaya.

Sejujurnya, Jida dulu pun tak ada pengetahuan langsung berblogging tau. Nak start buat introduction pun ambil masa 2-3 hari. Tapi, bak kata pepatah, ‘ Practice Makes Perfect’. Carilah ilmu itu dengan orang yang lebih tau. Insha Allah , anda akan menjadi orang yang berjaya.

3. Tidak perlu simpan stok.

Bagi yang baru hendak berjinak dengan bisnes Shaklee ini, anda tidak perlu risau langsung untuk simpan stok. Apabila anda sudah menerima pembayaran dari pelanggan, anda cuma perlu login shaklee2u untuk membuat pesanan tersebut dan buat pembayaran pada Shaklee. Pihak Shaklee akan menguruskan penghantaran barang bagi pihak anda. Jadi anda tidak perlu risau untuk menyimpan stok banyak dirumah dan risiko rugi sekiranya barang tidak laku.

Tapi, sekiranya anda sudah mempunyai pelanggan tetap dan mahu menyimpan stok di rumah pun tidak ada masalah. Lagi senang pelanggan anda mendapatkan produk secara terus dari anda.

4. Kelas marketing boleh dilakukan secara online.

Family is priority. Anda tidak perlu risau untuk meninggalkan anak-anak sekiranya ada kelas yang ingin anda ikuti. Banyak kelas-kelas marketing, info produk, belajar buat blog dan lain-lain lagi dianjurkan secara online.

5. Tidak terikat kepada jadual kerja yang tetap

Kunci utamanya adalah pembahagian masa. Salah satu cabaran bekerja dari rumah datangnya daripada anak-anak. Lagi-lagi sekiranya ibu-ibu mempunyai anak yang masih kecil dan memerlukan  perhatian. Gunakan kebijaksanaan anda untuk menentukan masa yang sesuai untuk menguruskan rumah tangga, bisnes dan kehidupan anda sebaiknya.

Anda boleh membuat jadual atau merancang perkara-perkara yang ingin anda lakukan dengan menulis di dalam buku agar perjalanan bisnes anda berjalan lancar. Namun begitu, bagaimana anda merancang adalah terpulang pada anda sendiri kerana anda yang lebih tahu.

Jemput tonton video dari Puan Syazana ini mengenai bagaimana beliau boleh ter’jebak’ dengan Shaklee dan seterusnya turut menjalankan bisnes sehingga dapat membantu menampung perbelanjaan keluarganya.

Ingat lagi on the way balik kampung ada order masuk di whatsapp. Alamak, stok pula ada di rumah. So, penyelesaiannya after customer buat pembayaran. Jida buat sahaja pembelian online. Tak perlu la nak patah balik ambik stok bagai kat umah. Kat mana-mana pun boleh. Bussiness on the go katakan! Asal phone dan talian internet ada. Bisnes tetap jalan.

Syukur. Alhamdulillah.

Anda juga mahu berbisnes dari rumah ? InshaAllah Jida boleh guide anda hingga mampu dapat bonus bulanan. Cepat-cepat bertindak sekarang. Anda buat, anda dapat.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [ ID : 933174 ]

013-6691930

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

(Visited 59 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Kerja Sambilan, Hanya Dari Rumah – Guna Internet Je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!