Minuman berkafein mungkin merupakan minuman kegemaran sesetengah orang dan mereka suka untuk mengambil minuman tersebut setiap hari. Malah, ada juga yang rasa hidup mereka tak lengkap tanpa secawan teh atau kopi setiap pagi.
Walaupun begitu, sekiranya anda adalah perempuan yang tengah mengandung, anda haruslah mengawasi had pengambilan minuman berkafein anda setiap hari. Menurut kajian yang diterbitkan melalui American Journal of Obstetrics and Gynecology, had pengambilan kafein tidak boleh melebihi 200mg sehari.
Antara risiko berlebihan pengambilan kafein terhadap ibu hamil ialah :-
1. Kafein boleh menyebabkan penyempitan saluran darah dan mengakibatkan aliran darah ke plasenta berkurangan. Ini boleh mengganggu pertumbuhan bayi.
2. Bayi terdedah kepada kesan buruk kafein kerana kafein boleh memasuki plasenta dengan mudah. Kajian juga mendapati antara masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi ialah kurang berat, kecacatan fizikal dan masalah sukar tidur selepas dilahirkan.
3. Kafein juga adalah perangsang dan boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah ibu hamil. Ia juga boleh mengakibatkan masalah imsomnia dan pedih ulu hati kerana perembesan asid gastrik di dalam perut.
4. Kesan ini mungkin berlarutan akibat kebolehan badan menyingkirkan kafein semakin berkurang di akhir kehamilan. Gantikan kafein dengan jus buah-buahan segar kerana ia berupaya menyingkirkan kafein.
5. Bayi akan kurang menyerap nutrisi daripada pemakanan ibu disebabkan oleh banyak kafein. Apabila ini berlaku, bayi berisiko untuk dilahirkan dengan masalah kurang nutrisi seperti zat besi dan kalsium. Ini kerana kafein telah mengganggu penyerapan zat besi dan kalsium.
Oleh yang demikian, cubalah elakkan mengambil minuman berkafein semasa hamil demi bayi di dalam kandungan. Bukan lah tidak boleh ambil langsung cumanya haruslah dikawal. Tentunya anda mahu yang terbaik untuk bayi anda bukan? Jadi, cubalah cari alternatif lain untuk mengganti minuman kesukaan anda itu.
Semoga info ini bermanfaat dan jangan lupakan kongsikan pada yang lain.
Kafein memang tak patut diamalkan… Lebih-lebih lagi akum ibu yang sedang mengandung…
Anuar recently posted…Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati