Kisah di Hari Jumaat Pertama Tahun 2017

Ada entri spesel pula ke untuk hari Jumaat? Haha, ni korang kena baca lah dulu apa yang Jida nak ceritakan ni.

Actually, bukan nak cerita benda penting pun. Cuma nak tulis santai- santai je hari ni. Sebab itu namanya, Kisah Di Hari Jumaat Pertama Tahun 2017. Ala-ala tajuk drama pendek gitu.

Kisah Pertama : Kereta Buat Hal Di Pagi Hari

Hari ini bangun seperti biasa, tak lambat mana dan tak delah awal sangat. Selepas solat subuh, Jida kejutkan anak Jida, si Dayana mandi, pakai baju sekolah dan sarapan.

Budak darjah 1
Masa ni tengah sarapan nugget, tu yang nampak macam berminyak je mulut…haha

Dah selesai semua tu, kita orang pun nak bertolak lah pergi sekolah. Sekali bila nak start enjin, krek..krek…tak boleh start. Ah sudah..dah panik. Try lagi sekali, pun sama.

Suami pula takde, kerja shift malam. Pukul 10 pagi nanti baru sampai rumah. Jiran sebelah pun dah keluar. So, memang tak tahu nak mintak tolong siapa dah lepas tu. Berdebarnya.

Pilihan ada dua, samaada ponteng je sekolah atau hantar Dayana berjalan kaki. Nak ponteng macam sayang pula. Jadi ambik keputusan berjalan sahaja lah.

Dari rumah nak ke sekolah lebih kurang 20minit juga. Bagi Jida nak berjalan selama tu tak de masalah, tapi bagi Dayana, semput juga dia. Itupun, Jida dah bawakan beg sekolahnya dan dia cuma perlu berjalan bawa diri sahaja.

Di pertengahan jalan, adalah hamba Allah yang baik hati tumpangkan Dayana. Walaupun tidak pernah bercakap dengan wanita tersebut, Jida tahu dia orang yang tinggal berdekatan rumah Jida juga. Alhamdulillah, dia tumpangkan Dayana sampai sekolah sebab anaknya pun bersekolah di sekolah yang sama cuma berbeza kelas. Semoga Allah sahaja dapat balas budi puan.

Itu kisah pertama. Ada cerita kedua pula.

Kisah Kedua : Cash Deposit Machine Buat Hal Di Tengah Hari

Seperti tajuk di atas, selepas ambil Dayana pada pukul 12.40. Jida ajak suami pergi masukkan duit di bank dekat pekan.

Bila sampai bank, adalah 3-4 orang yang tengah beratur dekat mesin tersebut. Sepatutnya, ada dua mesin untuk masukkan duit tapi salah satu sudah tergendala maka tinggallah satu mesin je yang boleh diguna.

Lebih kurang 15 minit beratur, tibalah giliran Jida untuk buat transaksi. Lepas masukkan nombor akaun dan nama Jida terpapar di skrin, maka Jida pun masukkan lah duit ke dalam mesin tersebut.

Masa kita dah masukkan duit tu, biasanya mesin tersebut akan berbunyi seperti tengah mengira wang. Ya, memang ada berbunyi sebanyak 2 kali. Tapi….lepas tu, skrin terus keluar ayat menyeramkan. Sorry, this machine temporarily out of service. Hampehh…duit dah kena telan dah..

Mesin kira duit
Ada dengar mesin kira duit, lepas tu problem terus..huhu..

Bagitau pegawai bank dia suruh call customer service, call 3-4 kali tak dapat-dapat juga sambung ke operator. Last-last, mintak tolong pegawai bank call kan. Lama juga tunggu, baru dapat bercakap dengan operator.

Setelah laporan dibuat, katanya proses untuk dapat duit balik mengambil masa 5 ke 7 hari bekerja. Ya Allah, dugaan sungguh rasanya. Dah lah duit tu nak bayar something urgent. Nak nangis dah rasanya.

Takpelah, mula-mula terdetik juga. Kenapalah jadi macam ni hari ni. Tapi bila fikir, mungkin ada hikmah disebaliknya. Maka, sabar sajalah wahai hati. Insha Allah, mungkin ada benda lebih baik menanti. Siapa tahu?

Ok lah,itu sahaja kisah Jida di Hari Jumaat ini. Terima Kasih buat anda yang sudi baca sampai habis ye. Sehingga kita bertemu lagi. Bye!

(Visited 48 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “Kisah di Hari Jumaat Pertama Tahun 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!