Kisah Kami – Melawat Zoo Melaka

Sebenarnya tengah memilih-milih gambar untuk di’print’ tadi , terjumpa pula gambar-gambar semasa melawat Zoo Melaka dua bulan lepas. Walaupun cerita ni cerita yang agak lama. Ah, tak kisahlah. Nak letak jugak. Haha. Jangan marah ye? Sebab bagi Jida, blog ni Jida dah anggap sebagai jurnal perjalanan Jida.

cuti2 zoo melaka

Dayana (anak sulung Jida) nak bergambar dengan kakak tua yang ada kat situ. Burung-burung kakak tua ni diaorang letak di tempat mula-mula kita masuk zoo. Iaitu selepas diaorang pakaikan ‘gelang kertas putih’ kat tangan. (Sila lihat gambar Dayana pakai ‘gelang’ kat atas ni). Hehe.

cuti2 zoo melaka2

Malu-malu pula burung kakak tua ni. Tak nak ambik gambar. Terpaksalah ambik gambar macam ni je ya.

cuti2 zoo melaka3
Melaka Zoo Amphitheatre

Kebetulan masa masuk situ lebih kurang pukul 10:40 pagi, dan ada persembahan burung pada pukul 11 pagi. Masa kitaorang lalu depan Melaka Zoo Amphitheatre ni, diaorang tengah setup untuk memulakan persembahan burung. Wow, memang excited la kanak-kanak ribena dua orang ni. Nasib baik, dua-dua ‘behave’ je tengok persembahan burung yang dijalankan.

cuti2 zoo melaka4
Dua ekor burung tengah makan di atas telapak tangan seorang pengunjung semasa persembahan tersebut.

Selepas selesai persembahan macam-macam jenis burung, kami pun memulakan perjalanan melawat binatang-binatang yang ada di dalam zoo.  Seperti Zoo Negara, Zoo Melaka juga tidak kurang besarnya dan banyak juga binatang yang boleh dilihat disana.

cuti2 zoo melaka
Kuda, antara binatang yang ada di dalam Zoo Melaka
cuti2 zoo melaka
Panjang sangat leher awak Cik Zirafah, susah saya nak tangkap gambar!

Banyak lagi sebenarnya gambar binatang kalau korang nak tengok, tapi takut pulak loading nanti jadi lambat dek gambar yang over. Jadi, cukup lah ye. Hehe

Sedar tak sedar, tiga jam lebih juga kami berada di dalam Zoo Melaka. Tu pun sebab kaki dah penat dan tekak pun dah haus. Maka, bergerak lah kami mencari tempat makan dan juga tempat untuk beradu pada malam itu.

Sekian. Kbai.

Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik kat sini tau. Website Zoo Melaka.

(Visited 222 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

11 thoughts on “Kisah Kami – Melawat Zoo Melaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!