Kulit Muka Rosak Dek Salah Guna SkinCare

Nanges tak berlagu weh bila muka flawless yang diidamkan tidak menjadi seperti yang dibayangkan. Akibat salah pilih produk skin care yang mungkin mengandungi bahan kimia terlarang, kulit mengalami masalah yang teruk.

kulit rosak akibat salah guna produk

Tidak dinafikan, kulit cantik dan halus adalah idaman setiap wanita. Cemburu betul bila lihat orang lain yang mempunyai kulit cantik dan halus, tetapi kulit sendiri aduhai..malu nak cakap. Berjerawat, jeragat ada macam-macam segala masalah.

Sanggupkah kita nak berdepan dengan orang lain dengan muka rosak macam ni? Demi kelansungan hidup, nak tak nak, harus bercampur dengan orang juga kan?

Tapi, jangan risau atau panik. Sekiranya perkara sebegini iaitu Muka Rosak Setelah Memakai Produk Skincare Yang Salah. Cuba anda ikut panduan yang disediakan dibawah ini.

Tips Merawat Kulit Rosak Atau Bermasalah

#1 Berhenti Serta Merta Dari Pemakaian Produk Kosmetik Dan Biarkan Kulit Muka Bebas Dari Sebarang Kosmetik

Ini kerana pada peringkat ini, kulit muka sangatlah sensitive dan perlukan penjagaan yang rapi. Rehatkanlah muka dari sebarang pengguna produk kecantikan sama ada yang sedia ada atau yang direkemen oleh kawan. Jika ditambah lagi penggunaan kosmetik ke atas kulit, tak mustahil untuk kulit muka anda terus rosak malah boleh jadi lebih teruk!

Sekurang-kurangnya, bebaskan kulit muka anda selama 48 jam dari sebarang kosmetik untuk memberikan ruang pada liang-liang roma kulit kembali bernafas dan berehat dari sebarang penggunaan kosmetik.

Langkah ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan komplikasi kulit dan membantu mempercepatkan pemulihan.

#2 Beri Masa Untuk Kulit Kembali Normal Dan Dapatkan Nutrisi Vitamin Untuk Kulit

Setiap kerosakan memakan masa untuk pulih. Beri masa untuk kulit muka kembali tenang dan normal.

Anda boleh mengamalkan diet yang sihat dengan serat dan nutrisi yang mencukupi untuk mempercepatkan pembaikan sel-sel rosak. Antaranya makanan yang kaya dengan kandungan vitamin A, biotin, vitamin C, vitamin E, dan mineral zink.

Kalau anda jenis orang yang lebih suka ambil pemakanan melalui suplemen, lebih mudah sebenarnya! Suplemen juga membantu mendapatkan kesemua sumber vitamin yang diperlukan.

#3 Minum Air Kosong 8 Gelas Sehari

Air adalah sangat penting untuk badan. Umum mengetahui air adalah penting untuk perkumuhan, tetapi selain perkumuhan, air juga digunakan untuk proses detoksifikasi untuk menyingkirkan toksin berlebihan yang terkumpul di dalam badan.

Semakin banyak air yang diminum, semakin banyak toksin dapat disingkirkan dari tubuh badan melalui urin dan peluh.

Sedikit tips buat yang ingin menurunkan berat badan, 1Liter air = 25KG berat badan anda. Jadi, kiralah berapa jumlah air yang anda perlukan sehari.

#4 Elakkan Terdedah Kepada Cahaya Matahari

Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kulit muka berasa pedih dan sensitive. Muka anda akan berubah menjadi kemerah-merahan dan boleh menyebabkan komplikasi pada kulit.

#5 Dapatkan Rawatan Dengan Suplemen Yang Betul

Kulit yang rosak perlu dirawat melalui dalaman, untuk memperbaiki sel-sel kulit yang telah rosak. Penggunaan suplemen tambahan perlu untuk mempercepatkan proses pemulihan kulit dan menambah nutrisi yang diperlukan oleh kulit yang telah rosak.

kulit muka rosak teruk akibat penggunaan skincare yang salah

Ini adalah Puan Ebby, beliau juga pernah mengalami masalah kulit muka rosak dek salah mengambil produk penjagaan kulit. Dengan jerawat yang tumbuh mencanak-canak, kulit kemerah-merahan, Puan Ebby merasa sangat sedih dengan keadaan kulitnya ketika itu. Sehinggalah dia bertekad untuk mengambil suplemen untuk kulit seperti ESP dan Vitamin C. Dah alhamdulillah, setelah beberapa minggu kulit Puan Ebby kembali pulih seperti sedia kala malah lebih sihat pula dari dulu.

Di dalam entri yang terdahulu, Jida pernah kongsikan mengenai kebaikan/keistimewaan ESP dan Vitamin C. Korang boleh baca semuanya dengan lebih detail lepas klik link kat bawah ni ye.

Kebaikan/Keistimewaan Energizing Soy Protein.

Kebaikan/Keistimewaan Vitamin C Sustained Release.

Dengan lambakan pelbagai jenis produk kecantikan yang berada dipasaran, risau juga kalau-kalau tersalah pilih produk. Asalnya pakai sebab nak dapat kulit cantik dan halus, tiba-tiba dapat pula ‘penyakit lain’ yang tidak diingini.

Jadi, eloklah jaga dulu bermula dari dalaman. Apabila, sel dalam badan sihat, inshaallah luaran pun akan mendapat kesannya.

Untuk sebarang pertanyaan, hubungi segera nombor Jida yang tertera di bawah.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 66 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!