Langkah Demi Langkah Menjaga Kecantikan Wajah

Nak jaga muka agar sihat, segar dan berseri sentiasa ada caranya. Bukan hanya cukup dengan membersih sahaja. Perlu juga tahu rutin penjagaan wajah yang lain.

Setiap rutin penjagaan pula, seeloknya dilakukan mengikut turutan yang dicadangkan seperti di bawah ini agar keberkesanan yang akan diperolehi nanti lebih baik dan memuaskan. Berikut adalah langkah-langkahnya.

langkah demi langkah penjagaan wajah

1 – Membuang Sel Kulit Mati

Sebelum menyapu sebarang krim pada wajah, pastikan anda telah memastikan kulit dalam keadaan bersih agar tiada campuran kotoran yang boleh menjejaskan keberkesanannya atau menyebabkan rangsangan tindak balas kimia yang boleh bertindak sebagai perosak.

Mulakan dengan menyental kulit menggunakan skrub lembut. Ia bertujuan membuang sel kulit mati, sekaligus memudahkan ia menyerap khasiat yang dibekalkan. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa rutin ini hanya sesuai dilakukan sekali atau dua kali dalam seminggu sahaja.

2. Membersih

Langkah kedua adalah membersihkan wajah. Rutin ini adalah sangat penting dan harus dilakukan setiap hari.

Dalam memilih pencuci wajah yang sesuai, perlulah mengikut beberapa panduan. Antaranya adalah seperti pilih produk yang tidak mengeringkan kulit.

Pembersih berfungsi untuk membersih permukaan wajah serta ke dalam liang roma kulit disamping menanggalkan sel kulit mati. Selain itu, ia juga mengimbangi pH kulit sihat sambil mengekalkan lembapan semulajadi kulit supaya tidak kering, tegang atau gatal.

3. Serum

Seterusnya, gunakan serum. Anda perlu memakai serum agar dapat membantu meningkatkan kadar penyerapan untuk merangsang keberkesanan penggunaan krim seterusnya.

Serum sesuai digunakan siang atau malan, malah teksturnya juga lebih ringan. Paling ketara, biasanya kulit kering juga pasti kembali segar.

4. Pelembap

Sapukan pelembap ke atas kulit wajah agar ia tidak mudah kering dan mengalami dehidrasi. Kulit perlukan sedikit lembapan agar tidak cepat mengalami proses penuaan dan kedutan. Majoriti pakar kulit mengesyorkan penggunaan krim khas untuk sekitar mata kerana kulit di bahagian mata tiada sebarang lemak tisu dan tipis. Jadi, risiko untuk kedutan muncul dengan cepat adalah tinggi mengikut usia. Dengan penggunaan krim mata mampu sedikit sebanyak menebalkan kulit di bahagian tersebut agar sentiasa muda.

5. Krim UV

Losen perlindungan UV dengan nilai SPF tinggi pula bagus untuk melindungi kulit daripada dijamah matahari.

Selain melindungi, ia juga membantu mencerah dan melembutkan kulit serta mencegah masalah penuaan kulit.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda memiliki kulit sihat, cerah dan berseri.

(Visited 52 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!