Lazada Birthday Blogger Contest

Ini first time Jida join Lazada punya contest.  Walaupun ramai betul blogger yang join contest ni, tapi Jida excited jugak nak join. Bagi peluang, plz?

Jida sebenarnya big fan of Lazada. Masa zaman bekerja dulu, kawan-kawan sekerja selalu mintak tolong belikan barang melalui Lazada ni. Sampaikan ada kawan lelaki satu department dah panggil Jida ‘ agen Lazada ‘. Sabar je lah.

Pernah satu masa tu memang Jida uninstall aplikasi Lazada kat telefon sebab tak nak bagi ‘ternampak’ tawaran menarik kat laman Lazada. Almaklumlah, kalau ‘ternampak’, memang tak boleh tahan. Cair terus jiwa Jida yang lemah ni.

What Do I Love About Lazada?

Paling best masa Lazada buat sale besar-besaran. Masa tu lah peluangnya nak beli barang dengan lebih penjimatan. Jida pernah beli telefon Samsung (sempena birthday suami), memang harga yang Jida dapat lebih murah daripada harga di kedai. Dan sampai sekarang, suami masih menggunakannya dengan elok. Alhamdulillah.

Selain daripada boleh survey harga murah, Jida juga suka berbelanja di Lazada kerana kebanyakkan barang yang Jida beli sampai dalam tarikh yang ditetapkan. Malah, Jida juga tak perlu nak bersesak di luar semata-mata nak beli satu barang. Tau-tau, hari ni order, esoknya dah sampai. Suka sangat!

Top three Product picks from Lazada ?

Ada beberapa item yang Jida suka dan teringin nak beli dari Lazada. Tapi, buat masa ni Jida senaraikan dulu tiga yang bawah ni.

1. Power Bank

powerbank lazada

Powerbank lama dah rosak. Kalau jalan jauh-jauh memang susah sangat. Lagi-lagi kami suami isteri ni memang buat bisnes online. Penggunaan smartfon dengan bateri yang mencukupi memang sangat diperlukan. Kalau tak de benda alah ni, ibarat terputus hubungan la kiranya. Haha..

2. Pampers

pamper beli lazada

Haha..jangan tak tau. Even pampers pun ada jual kat Lazada ni tau. Kenapa Jida beli online? Sebab harga nya lebih kurang sama je dengan yang kedai. So, demi mengelakkan berbelanja lebih di kedai atau pasar raya, baiklah Jida beli online je.

3. Rak baju anak

kabinet cube lazadaYang ni memang dah lama teringin beli. Whishlist la kiranya yang ni. Nampak comel je. Tentu anak-anak suka.

Secara keseluruhan, Jida boleh katakan servis Lazada memang terbaik dalam menyediakan servis untuk pengguna mereka. Tetapi, mungkin pihak Lazada boleh membuat penambahan sedikit dari segi ‘rewards’ pada pelanggan mereka.

Sebagai contoh, jika membeli RM100, pengguna akan dapat 10 points. Dan apabila points tersebut dikumpul, pengguna layak menebus hadiah tertentu. Dengan cara, Jida rasa pengguna setia Lazada pasti akan merasa lebih teruja.

Ok lah, dikesempatan ini Jida juga ingin mengucapkan HAPPY BIRTHDAY, LAZADA! Semoga Lazada dapat menjadi platform terbaik dalam menyediakan perkhidmatan beli belah secara maya pada semua.

** Dear Lazada,

Rupa-rupanya kita berkongsi bulan kelahiran yang sama. Patutlah Jida addicted betul surf Lazada ni. Haa..sempat lagi. Lol!

So, that all for now. Terima Kasih kerana sudi baca. Pada sesiapa yang ingin join Lazada Birthday Blogger Contest, boleh klik sini ya? Ok lah, bye!

 

(Visited 52 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Lazada Birthday Blogger Contest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!