Lazada Online Revolution Blogger Contest

Hari kelima di bulan November, sedar tak sedar dah nak masuk hujung tahun dah. Begitu pantas berdesup waktu berlalu. Hanya berbaki beberapa minggu sahaja lagi untuk masuk tahun 2018 kan?

Fuhh, tapi sebelum kita fikir perancangan untuk tahun akan datang, jom kita check dulu event best yang akan datang dalam bulan ni seperti Lazada Online Revolution. Jida tau mesti ramai yang dah tertunggu-tunggu dan tak sabar menanti untuk shopping habis-habisan pada online event tersebut kan? Boleh la grab barang yang menjadi idaman dengan harga yang lebih murah.

Lazada Online Revolution 2017
Lazada Online Revolution 2017

 

1. Produk pertama yang Jida pernah beli online dari Lazada?

Wah, cukup lama dah sebenarnya Jida ni mula beli online dari Lazada. Adalah, dalam 4 atau 5 tahun lepas. Sampai Jida pun dah ingat-ingat lupa apa barang pertama yang Jida beli.

Sat ya nak recall balik. Kalau tak silap produk pertama yang Jida beli ialah Mini Rice Cooker untuk dibawa ke tempat kerja. Konon-konon masa tu nak jimat dan nak bawa bekal la pergi kerja. Sekali, sempat bawa sekali dua je sebab segan pula nak guna kat pantry. Bila panaskan lauk ke sup dalam tu, satu floor berbau makana. Last-last beli je dikantin juga.

rice cooker mini

Start dari situlah bermulanya kisah Jida vs Lazada. Bermula dari beli barang yang berharga bawah RM50 hinggalah up sikit-sikit sampai berani beli barang yang lebih besar sikit jumlahnya. Hahaha..Bahaya nau shopping online ni tau. Addicted.

2. Which types of products would you prefer buying online?

Yang mana susah nak jumpa dipasaraya atau harganya(termasuk postage) lebih kurang je beli kat kedai itu yang Jida suka beli. Tapi kalau pakaian ke kasut, Jida suka pilih in real. Nak beli online susah sikit nak pilih yang ngam dengan diri.

3. What to you love about online shopping?

Of coz, jimat masa dan duit juga. Lagipun, dengan dua anak ni, kalau nak  ke pasaraya tau-tau je lah, banyak sangat kerenahnya dan juga banyak sangat attractionnya. To avoid Jida jadi monster, beli online lebih safe. Setakat nak beli satu dua barang yang tak urgent, macam malas pula nak keluar.

4. Which products did you buy or are you planning to buy on Lazada during the Online Revolution sales?

Actually, Jida ada beberapa wishlist untuk dapatkan semasa Online Revolution Sales. Tapi, salah satu yang Jida aim adalah vacuum ni ha. Belum decide lagi which brand. Baru risik-risik dan cakap dekat Mr Hubby. Kalau dia Ok, Insha Allah, akan beli ni nanti during Lazada Online Revolution.

vacuum lazada

Tak sabar nak tunggu event tu nanti. Dah mark kalendar siap-siap dan ni Lazada Online Revolution ( 11 November-14 December 2017). Punya la excited kan. Semoga ada yang best dan berbaloi untuk di grab nanti.

Sebarang info mengenai Lazada Online Revolution Contest boleh rujuk di https://www.lazada.com.my/online-revolution .

(Visited 53 times, 15 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

3 thoughts on “Lazada Online Revolution Blogger Contest

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!