Macam Mana Nak Jadi Suri Rumah Bergaji?

Jida tahu ramai wanita yang kalau boleh nak jaga anak sendiri dan jadi seorang suri rumah. Tapi, dek kerana terikat dengan komitmen yang perlu diselesaikan, maka niat untuk menjadi seorang suri rumah terbantut begitu sahaja.

surirumah bergaji

Tapi, jangan lupa surirumah zaman sekarang bukan lagi seperti dulu. Boleh sangat kalau anda nak jadi suri rumah tapi dalam masa yang sama anda dapat pegang duit sendiri. Namun begitu, nak jadi suri rumah bergaji ni perlu lah ada syarat-syaratnya juga. Bukan sebab tak boleh nak handle stress kat tempat kerja, terus rasa nak berhenti kerja.

MacamMana Caranya Nak Jadi Suri Rumah Bergaji?

Konsepnya sama seperti anda bekerja di pejabat. Anda juga perlu mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan hasil dari usaha anda. Mana ada duit yang datang bergolek tanpa berusaha. Cuma bezanya anda berada dirumah bersama anak-anak. Dapat tengok mereka membesar depan mata. The best moment!

Perbandingan di antara Wanita Bekerja vs SuriRumah Bergaji

1. Gaji

Dari segi gaji memang tidak dapat dinafikan bagi wanita yang bekerja, time gaji je duit akan masuk dalam akaun. Berbeza pula bagi yang suri rumah bergaji ni, anda usaha sikit, sikit lah anda dapat. Tapi kalau anda usaha lebih, tak mustahil untuk anda dapat lebih daripada gaji anda sekarang.

2. Masa

Di pejabat, masa telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Jadi waktu bekerja kita lebih tersusun. Manakala bagi mereka yang berada di rumah, masa bekerja adalah flexible. Nak buat masa mana pun tak kisah. Tapi perlu lah berdisplin gitu. Kalau tak da planning nak buat apa bagi mengusahakan pekerjaan yang anda lakukan itu, alamatnya habis lah…Apapun tak buat.

3. Anak-anak

Bila kita dah bertitle surirumah ni, anda memang akan bersama anak 24 jam (kecuali bagi anak yang dah bersekolah, tu lain). Makanya, perlulah anda bijak mengatur aktiviti bersama mereka. Infact, Jida sendiri pun sambil melayan anak main motosikal mainannya, sambil update entri ni. Ibu-ibu memang kena bijak main peranan dan curi masa lah. Nak tunggu semuanya tenang je dulu, sampai bila lah tak terbuat-buat.

bisnes dari rumah
Jarang sangat nak dapat me-time macam ni. Selalu tu, mesti ada tangan kecil yang tolong taip kan sekali.

Tanggung jawab seorang suri rumah sangatlah besar dalam membina sebuah keluarga yang harmoni. Kadang-kala dalam satu hari, kerja rumahnya seperti tidak akan pernah habis. Dari memasak, membasuh, menghantar anak-anak ke sekolah, mengemas rumah dan macam-macam lagi. Namun begitu, itu bukan bermakna, golongan suri rumah tidak boleh menjana pendapatan sampingan dari rumah dek kerana sibuk dengan rutin harian.

Surirumah juga mampu untuk menjana pendapatan yang tidak terhad sama seperti pekerja makan gaji asalkan mereka mahu dan rajin berusaha.

Di bawah ini, Jida senaraikan 5 sebab kenapa Bisnes Shaklee Sesuai Untuk Surirumah.

surirumah hebat

1. Tak perlu keluar rumah jika ingin order barang dari Shaklee

Semuanya boleh dilakukan secara online samaada dengan menggunakan komputer mahupun telefon pintar. Klik sahaja laman web shaklee2u, pilih item yang ingin dibeli, masukkan maklumat penghantaran, bayar dan Siapp!! Tunggu sahaja Abang posmen hantarkan barang ke depan rumah. Jadi, jangan risau kalau susah nak mengangkut barang-barang sambil bawa anak-anak.

2. Bisnes boleh dilakukan secara online atau offline. Ikut keselesaan sendiri

Kalau jenis yang pemalu macam saya ni . Haha.. 90% peratus sales saya lakukan dengan medium Facebook dan Blog. Sentiasa share mengenai kelebihan produk pada kawan-kawan. Insha Allah, pasti ada yang PM dan bertanya nanti sebab produk Shaklee memang dah ramai yang amalkan dah dapat kesan baik daripadanya.

Tak ada Facebook? Tak tahu berblog? Owh..jangan risau. Jida sedia membantumu, wahai ibu-ibu hebat. Malah, kita pun ada kumpulan sokongan yang boleh membantu asal saja anda mempunyai sekeping ‘hati yang kental’ untuk berjaya.

Sejujurnya, Jida dulu pun tak ada pengetahuan langsung berblogging tau. Nak start buat introduction pun ambil masa 2-3 hari. Tapi, bak kata pepatah, ‘ Practice Makes Perfect’. Carilah ilmu itu dengan orang yang lebih tau. Insha Allah , anda akan menjadi orang yang berjaya.

3. Tidak perlu simpan stok.

Bagi yang baru hendak berjinak dengan bisnes Shaklee ini, anda tidak perlu risau langsung untuk simpan stok. Apabila anda sudah menerima pembayaran dari pelanggan, anda cuma perlu login shaklee2u untuk membuat pesanan tersebut dan buat pembayaran pada Shaklee. Pihak Shaklee akan menguruskan penghantaran barang bagi pihak anda. Jadi anda tidak perlu risau untuk menyimpan stok banyak dirumah dan risiko rugi sekiranya barang tidak laku.

Tapi, sekiranya anda sudah mempunyai pelanggan tetap dan mahu menyimpan stok di rumah pun tidak ada masalah. Lagi senang pelanggan anda mendapatkan produk secara terus dari anda.

4. Boleh bawa anak-anak sekali masuk kelas.

Family is priority. Anda tidak perlu risau nak tinggalkan anak-anak sekiranya ada kelas yang ingin anda ikuti. Lihat sahaja gambar wanita-wanita ini ketika di satu event anjuran grup Shaklee Ireach.

Ibu-ibu hebat kebanyakannya datang bersama dengan keluarga. Suami dan anak-anak semua angkut sekali. Takde hal lah. Seronok kan macam tu. Sambil menambah ilmu dan networking, sambil kita menghabiskan masa bersama keluarga. Siapa kata kalau buat bisnes, takut suami dan anak-anak terabai?

5. Tidak terikat kepada jadual kerja yang tetap

Kunci utamanya adalah pembahagian masa. Salah satu cabaran bekerja dari rumah datangnya daripada anak-anak. Lagi-lagi sekiranya ibu-ibu mempunyai anak yang masih kecil dan memerlukan  perhatian. Gunakan kebijaksanaan anda untuk menentukan masa yang sesuai untuk menguruskan rumah tangga, bisnes dan kehidupan anda sebaiknya.

Anda boleh membuat jadual atau merancang perkara-perkara yang ingin anda lakukan dengan menulis di dalam buku agar perjalanan bisnes anda berjalan lancar. Namun begitu, bagaimana anda merancang adalah terpulang pada anda sendiri! Anda kan ‘SuperMak’ .

Jemput tonton video dari Puan Syazana ini tentang bagaimana beliau boleh ter’jebak’ dengan Shaklee.

Jadi, sekiranya anda berminat untuk menjadi salah seorang daripada surirumah bergaji dalam grup kami, cepat-cepat hubungi Jida sekarang.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp Klik Sini >> 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

(Visited 46 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!