Mahu Segera Hamil? 6 Tips Meningkatkan Kesuburan

Seorang wanita yang sudah berkahwin tentu sahaja mempunyai keinginan yang tinggi untuk mempunyai anak-anak sebagai penyeri rumah tangga. Sekiranya anda dan pasangan masih belum juga dikurniakan anak setelah lebih daripada setahun berkahwin, panduan berikut mungkin berguna untuk anda.

kesuburan

6 Panduan untuk Tingkatkan Kesuburan.

1. Pilih amalan hidup yang sihat.

Lakukan senaman dengan lebih kerap untuk mengekalkan berat badan yang ideal bagi membantu kitaran haid dan membolehkan ovulasi berlaku secara teratur. Penghasilan beberapa hormon yang boleh mengganggu proses ovulasi adalah disebabkan lemak badan berlebihan. Pengurangan peluang untuk anda hamil kerana kitaran menjadi kurang teratur dan kurang berovulasi.

Senaman boleh menolong untuk mengekalkan berat badan yang sihat akan tetapi jangan terlebih melakukannya. Wanita yang bersenam dengan terlalu kuat seperti berlari dengan laju atau pesaing atlet akan berhenti berovulasi atau kurang berovulasi. Peningkatan risiko keguguran jika senaman berlebihan. Sebelum anda cuba untuk hamil berbincanglah dengan doktor anda tentang rutin bersenam yang sesuai dilakukan.

2. Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang yang membolehkan badan dan organ berfungsi secara optimum.

Sebelum anda cuba untuk hamil sentiasalah memastikan bahawa badan anda akan kekal terpelihara. Pastikan anda makan banyak protein, zink, Vitamin C kerana kekurangan nutrien sebegini telah dikaitkan dengan pemanjangan kitaran menstrual oleh itu anda akan kurang berovulasi dan mendapat risiko keguguran yang tinggi pada peringkat awal kehamilan.

Bagi mendapatkan zink dan beberapa vitamin yang penting dan mineral, ambillah suplemen tambahan harian. Makan makanan yang penuh dengan protein dalam diet anda seperti daging, ikan, produk tenusu yang rendah lemak, telur dan kekacang. Pemakan sayuran boleh mendapatkan asid amino yang lengkap dengan memasukkan kombinasi yang berperisa yang mengandungi makanan protein seperti nasi dan ikan atau tofu separuh masak.

Makanan berlemak, makanan ringanĀ  dan makanan segera wajib dielakkan.

3. Berhenti merokok untuk membolehkan peningkatan jumlah dan kualiti sperma.

Toksik dari rokok merosakkan telur wanita, mengganggu kesuburan dan menyebabkan ovari anda terlebih matang. Ovari perokok berusia 35 tahun berfungsi seperti ianya milik wanita berusia 42 tahun oleh itu ia kurang subur. Merokok boleh merosakkan kesuburan anda tetapi jika anda tidak merokok , anda akan mendapat fungsi ovari tersebut semula.

4. Hindar diri dan pasangan daripada sebarang jangkitan.

Anda perlulah berhati-hati dengan sebarang jangkitan terutama sekali pada bahagian faraj. Jangkitan faraj yang umum boleh berlaku kepada para wanita adalah Bacteria vaginanosis (BV). Tanda-tanda jangkitan tersebut ialah bau yang kurang elok dan pembuangan yang berwarna kelabu. BV yang tidak dirawat menyebabkan kelahiran pra matang, risiko keguguran yang tinggi dan ketidaksuburan. Jika anda mendapati bahawa terdapat simpton faraj seperti kegatalan, rasa terbakar, pembuangan yang tidak normal dan rasa sakit berjumpalah dengan doktor anda. Jangkitan pada bahagian pembiakan adalah sangat jarang berlaku akan tetapi adalah lebih baik jika anda sentiasa berhati-hati kerana ia boleh memberikan risiko kepada kesuburan anda.

5. Pertingkatkan hubungan kelamin dua atau hingga tiga kali seminggu semasa waktu subur.

Kitaran haid yang normal selalunya akan berakhir dalam lebih kurang 25 hingga 35 hari (mula mengira pada hari pertama anda haid). Anda boleh menjangkakan bahawa anda kurang berovulasi dan anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor anda jika kitaran anda agak lebih lama seperti 42 hari.

Lakukan persetubuhan secara tetap apabila anda sudah bersedia untuk hamil. Pada hari ovulasi dan pada empat atau lima hari sebelum merupakan hari kesuburan seorang wanita selalunya bukan selepas kitaran haid anda. Jangan menjangka bahawa anda akan mengovulasi secara automatic pada hari ke 14 kitaran anda. Ini kerana kajian mendapati bahawa proses ovulasi berbeza secara dramatik bagi setiap wanita apabila ianya berlaku seawal enam hari dan selewat 21 hari pada kitaran anda.

Bagaimanakah anda boleh mengenalpasti bilakah masa anda berovulasi? Anda boleh mencuba kit ujian ovulasi dimana ianya akan memeriksa beberapa hormon di dalam air kencing anda atau buat nota tentang perubahan harian pada suhu badan basal dan mucus serviks.

6. Cari Ketenangan

Tekanan dan kemurungan boleh menjejaskan kesuburan. Satu kajian di Denmark, yang diikuti oleh 393 pasangan yang cuba untuk hamil, mendapati bahawa wanita tersebut sukar hamil selama berbulan-bulan adalah disebabkan tekanan psikologi. Belajarlah untuk menguruskan tekanan melalui teknik relaksasi (seperti meditasi atau yoga) atau sokongan daripada kaunselor atau kumpulan.

Rezeki anak adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Jangan pernah berputus asa untuk berdoa kepada- Nya. InshaAllah, semua yang berlaku di atas ketentuan-Nya.

Semoga info ini bermanfaat untuk anda.

(Visited 467 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Mahu Segera Hamil? 6 Tips Meningkatkan Kesuburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!