Kebetulan pula pergi ke Pantai Morib pada Hari Ahad yang lepas, airnya tengah surut. Maka tak dapatlah anak-anak Jida yang berdua tu main pantai. Walaupun begitu, mereka masih tetap bergembira apabila sesekali di bawa berjalan-jalan dan beriadah.
Pantai Morib yang terletak di Banting Selangor ini adalah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang mesti anda kunjungi apabila datang ke Banting. Terdapat beberapa aktiviti menarik yang boleh anda lakukan sekiranya berkunjung ke pantai ini antaranya seperti berkelah dan bersantai di tepi pantai, bermain layang-layang, menjamu selera di gerai-gerai makan dan melihat matahari terbenam. Kalau air pantai surut macam yang kat atas ni, ramai juga orang yang turun ke tengah pantai untuk mencari hidupan laut.
Cuaca hari tu sangatlah OK untuk bawa anak keluar berjalan-jalan. Tidak terlalu panas dan tidak pula mendung. Makanya tak de lah nak risau diaorang demam ke apa kalau dibiarkan main lama-lama disitu. Malah, angin sepoi-sepoi bahasa ( jiwang pulak ayat Jida ni ) yang sesekali singgah memang sangat menyegarkan.
Benda alah ni memang suami sentiasa letak dalam kereta. Senang katanya kalau tiba-tiba nak piknik mana-mana. Ye lah, kadang-kadang terjadi percutian ‘unplanned’. Bolehlah guna khemah ni kalau nak berkelah di mana-mana. Bak kata suami Jida, tepi pantai boleh, dekat air terjun boleh, tepi tasik sambil pancing ikan pon boleh. Pendek kata mana-mana pun boleh.
Sambil melayan anak-anak main kejar-kejar kat situ. Kami pekena la nasi kukus yang kami beli siap-siap dekat Pekan Banting (terletak 20 minit daripada Pantai Morib) sebelum tu. Restoren Nasi Kukus yang terletak di belakang pusat beli belah The Store Banting tu memang menjadi favorite kami suami isteri. Sedap woo rasa dia..Lagi-lagi makan kat tepi pantai macam ni. Habis sebungkus licin tinggal tulang je. Haha..
Ini budak kecik memang seronok dapat bersiar-siar di Pantai Morib. Jalan sana, jalan sini. Agaknya dia pun dah bosan asyik terperap dengan mama dia kat umah je.Haha… Kesian. Dah dapat peluang bersiar-siar tepi pantai ni, kemain lagi dia berjalan sana sini.
Ok lah, itu je cerita Jida ngan family minggu ni. Kalau rasa-rasa nak datang Banting, jangan lupa singgah Pantai Morib. Bolehlah hilangkan stress dan tenangkan fikiran bila lihat pantai. Jangan asyik dok fikir keje je. Sesekali, apa salahnya bawa family bercuti..
Sekian. Bye.
Cantik pemandangan dekat Pantai Morib ni… Belum pernah lagi sampai dekat sini… Tahun lepas sempat bawa keluarga pergi ke Gold Cost Morib… Mungkin dah tak jauh kot nak sampai ke pantai ni ye?
Anuar recently posted…Bagaimana bekas Pemandu UBER ini berjaya menjana pendapatan lumayan melalui KERETA milik orang lain.
Dekat sgt dah tu tuan. lain kali blh la singgah pantai morib pula..
Dah lama tak singgah Morib… last time gi sana mmg dah bertahun tahun tahun tahun lepas…hihihihihi… syok jugak kalau camping kat situ kan… skrg ni asik gi Bukit Jugra jer…hihihihi.. 😀 Macam sedap jer nasik kukus tu… saya dan wife mmg suka jalan jalan cari makan… 😀
dah lama jugak tuh. skrg pantai morib dah berwajah baru. boleh lah plan datang morib nanti