Makanan Yang Perlu Di Elak Untuk Mencegah Gout

Balik kampung hari tu, sempatlah juga berjumpa saudara mara yang datang menziarah mak Jida yang sakit. Antaranya ialah ibu saudara Jida(mak su).  Walaupun gembira dia datang ke rumah, tapi bila melihat mak su yang jalan terbongkok-bongkok, aduhai kesiannya.

Waktu turun tangga, Jida lihat dia tak sarungkan sandal ke dalam jari dengan betul. Bila Jida tanya, katanya ibu jarinya sakit akibat gout. Makanya, sandal diseret sampai ke kereta. Ya Allah, dugaan untuk maksu. Lama juga dah dia menderita gout ni seingat Jida. Sampai kurus kering dah sekarang badannya. Berpantang makan katanya.

penyakit-gout

Beginilah keadaan orang yang ada gout. Pernah juga Jida tulis mengenai gout dulu >> Kenali Gout dan Langkah Pencegahannya.

Kali ini Jida nak tulis pula mengenai makanan yang perlu di elak bagi mencegah gout dari menyerang. Cara yang terbaik untuk merawat gout ialah dengan menjaga pemakanan seharian dan elakkan makanan yang mengandungi purine yang tinggi.

Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan ‘purine’.

Berikut adalah senarai makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout.

1) Makanan Laut (Seafood)
Ikan dan makanan laut yang lain mengandungi lebih tinggi purines dan plumbum.

Makanan laut yang patut dielakkan adalah termasuk: kerang, sardin, herring, ikan bilis, ikan kembung, tiram, ketam dan udang. Ikan lain yang sederhana tinggi dalam purines termasuk tuna, codfish, halibut, hinggap, salmon dan trout.

2) Gula & Produk Bergula
Ini ialah kategori makanan yang patut dielakkan bagi kebanyakan penghidap gout. Makanan berasaskan gula dan fruktosa yang tinggi atau sirap jagung tidak baik untuk penghidap gout. Kek dan gula-gula juga termasuk dalam kategori ini.

sugar

3) Daging Merah
Daging merah tinggi dengan zat besi dan protein boleh memberi kesan kepada peningkatan tahap asid urik seseorang.

Daging perlu dielakkan atau di ambil secara sederhana bergantung kepada tahap gout seorang individu. Makanan seperti steak, daging kambing, sosej, daging yang diproses dan daging kisar adalah antara contoh makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit gout.

Daging merah

4) Sayur-Sayuran
Kajian telah menunjukkan bahawa sayur-sayuran tidak meningkatkan tahap asid urik seperti makanan lain yang tinggi purin. Sayur-sayuran patut digalakkan tetapi terdapat juga beberapa jenis sayuran yang mengandungi purine yang tinggi.

Antaranya adalah seperti asparagus, cendawan, sayur-sayuran hijau gelap (kerana tahap zat besi lebih tinggi), kekacang, kacang merah, kacang hijau, kubis bunga, tauhu, dan juga tomato kerana keasidan lebih tinggi dan ph lebih rendah.

big-green-asparagus

5) Organ Dalaman
Organ dalaman seperti hati, jantung, buah pinggang dan limpa PATUT DIELAKKAN sama sekali.

Sekiranya pesakit mempunyai inisiatif untuk menjaga makanan seharian, risiko untuk diserang gout lebih rendah. Selain itu, anda juga boleh mengambil suplemen tertentu untuk membantu mengatasi masalah gout anda.

Ikhtiar Gout dengan Vivix >> Testimoni Pesakit Yang Menderita Berpuluh Tahun, Kini Semakin Sembuh.

Jida doakan semoga dengan usaha dan ikhtiar anda menjaga pemakanan harian dapat membantu mengurangkan dan seterusnya mencegah gejala gout daripada terjadi. InshaAllah.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Pengedar Shaklee Kawasan Banting, Dengkil & Sepang

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin

 

(Visited 370 times, 22 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “Makanan Yang Perlu Di Elak Untuk Mencegah Gout

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!