Makin Cantik Setelah Tahu Cara Cuci Wajah Yang Betul

Ramai tersalah langkah ketika membasuh muka. Walaupun nampak mudah, hanya perlu basahkan muka, gunakan pembersih wajah, kemudian bersihkan dengan air, sebenarnya lebih daripada itu.

woman-with-beautiful-skin

1. Salah pilih produk
Pembersih muka yang sesuai dengan anda harus mampu menanggalkan kotoran dan kesan mekap, tetapi tidak mengurangkan kelembapan semula jadi muka anda. Memilih produk yang salah akan membuatkan kulit muka menjadi merah atau iritasi pada wajah.

Baca Disini : Pencuci Muka Nutriwhite, Tanpa Bahan Kimia, Selamat dan Berkesan

2. Salah suhu air
Kata orang, air panas akan membuka liang dan yang sejuk menutupnya semula. Kenyataannya, liang roma tidak mempunyai otot untuk terbuka atau tertutup. Walaupun air panas memberi keselesaan pada wajah anda, ia sebenarnya membuatkan ia menjadi kering. Air suam adalah yang terbaik untuk membersihkan muka anda.

3. Skrub wajah
Anda boleh menggunakan skrub tetapi jangan kerap. Produk pengelupasan sebenarnya bertindak untuk menanggalkan sel kulit mati, tetapi tidak digalakkan untuk penggunaan secara kerap. Dua atau tiga kali seminggu sudah memadai.

Artikel Berkaitan : Hilangkan Blackhead di Muka dengan Gentle Makeup Remover

4. Gosok dengan tuala
Pedap, bukan gosok muka dengan tuala. Menggosok muka dengan tuala membuatkan anda rasa selesa, tetapi ia sebenarnya membuatkan tahap elastik kulit anda menurun. Paling mudah menerangkannya, ia menggalakkan kulit menjadi kendur.

Semoga selepas ini kita akan lebih berhati-hati semasa membersihkan wajah.

Info nie saya ambil dari Mingguan Wanita.

Semoga Bermanfaat buat semua. Terima Kasih.

RUZIDAH ABDULLAH (933174)

013-6691930

Pengedar Shaklee Banting Dengkil

(Visited 553 times, 16 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

4 thoughts on “Makin Cantik Setelah Tahu Cara Cuci Wajah Yang Betul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!