Mana Nak Makan Di Banting? Jom Cuba Restoran Pak Li Kopitiam…

Bila di tanya nak makan dimana kat area Banting ni. Banyak je sebenarnya pilihan yang ada. Bergantung pada citarasa masing-masing lah. Sama ada nak yang bagaimana, western ke, masakan kampung ke, seafood grill ataupun masakan jawa pun ada. Tinggal pilih je sebab kedai makan dan restoran agak banyak juga di  Banting ni.

Oleh kerana minggu lepas Jida keluar makan di sebuah restoran kopitiam kat Banting ni, rasanya Jida nak rekemen kat korang pula tempat makan ni kalau korang berkunjung ke Banting.

Pak Li Kopitiam @Giant Banting

Ya, restoran yang ni memang familiar bagi sesetengah orang sebab Pak Li Kopitiam memang ada beberapa cawangan lain diseluruh Malaysia. Konsepnya santai dan selesa adalah sesuai sekiranya anda membawa ahli keluarga datang makan di sini.

pak li kopitiam restoran
Nyum…nyum…
pak li kopitiam restoran
Antara menu yang boleh dipilih

Banyak pilihan yang boleh anda cuba bagi penggemar masakan kampung seperti keluarga kami ni. Antaranya adalah seperti Nasi Lemak, Mee Goreng Mamak, Golden Fried Rice dan macam-macam lagi.

pak li kopitiam restoran
Nasi Lemak Biasa..RM4.90

Untuk anak-anak Jida orderkan Nasi Lemak Biasa. Nasinya lembut dan sambalnya memang nice, sesuai untuk budak-budak. Takde lah pedas sangat.

nasi ayam lemon
pilihan Jida, Nasi Ayam Lemon – RM7.40

Untuk diri sendiri, Jida pilih Nasi Ayam Lemon. Wah, memang sedap juga. Malah, menu ini juga dikatakan adalah sangat digemari oleh pengunjung disini. Suami pula cuma mahu minum kopi je, maka dia hanya order white coffee drink yang juga menjadi kegemaran disini. ( Actually, bukan tak nak makan, tapi nanti dah tau mesti anak Jida yang kecik tu tak habis makan, so papanya la yang tolong bereskan kasi licin. Tak baik membazir kan?)

Dari segi servis pun bagi Jida ok. Sebab takde lah nak kena menunggu lama. Sebaik je kita duduk kat meja, dia bagi kita peluang baca menu dulu dan tulis kod menu pilihan pada kertas yang telah disediakan di atas meja. Setelah kita bersedia untuk order, panggillah pada waiter yang bertugas. Masa menunggu makanan pula lebih kurang 10 minit. Tak delah lama sangat kan.

So far, kunjungan kali pertama ke Pak Li Kopitiam Banting tidaklah mengecewakan. Next time boleh datang lagi untuk cuba menu lain pula. Bagi korang yang datang ke Banting, bolehlah cuba makan disini ya.

Alamat
Banting Outlet Giant Hypermart G02 & G03, Lot 555, Persiaran Kota Seri Langat Kota Seri Langat, 42700 Banting

(Visited 89 times, 12 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

3 thoughts on “Mana Nak Makan Di Banting? Jom Cuba Restoran Pak Li Kopitiam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!