Mandi-manda di Bangi Wonderland Theme Park Sempena Birthday Dayana

15 Oktober 2017,

Genaplah usia Kakak 7 Tahun. Cepatnya masa berlalu. Sakit di ‘operate’ pun masih terbayang-bayang lagi. Rupa-rupanya dah 7 tahun berlalu. Fuhhhh…

Oleh kerana pada Julai lepas, kami celebrate birthday Dalili dengan bawa jalan-jalan di Bukit Tinggi, maka kali ini, Jida dan suami plan nak bawa Dayana ke Bangi Wonderland Theme Park. Seronok sakan la Dayana dan adiknya nanti. Dari hari sebelumnya sampailah keesokannya pun masih dok ulang ayat sama. ‘ Nak mandi kolam..nak mandi kolam…’. Punya la tak sabar kan.

Kami bertolak lepas zohor ke Bangi Wonderland. Agak lewat sikit sebab suami kerja shift dan nak bagi dia rehat dulu sebelum gerak.

Lebih kurang setengah jam, sampailah kami ke sana. Kereta terpaksa parking kat luar sebab parking dalam penuh. Almaklumlah hari Ahad. Ramai la sikit orang berbanding hari biasa.

Bangi Wonderland Theme Park

Dah parking, kami pun menuju lah ke kaunter tiket. Oleh kerana Bangi Wonderland tengah buat promosi untuk sesiapa yang sambut birthday pada bulan 10 dan 11. Maka, harga tiket yang kami dapat hari tu murah la sikit daripada harga biasa. Alhamdulillah.

PROMO : October November Birthday Giler

Bangi Wonderland Theme Park

Since kakak is birthday girl, dia punya tiket Free lah, dan adik pun free sebab tinggi below 90cm. So, total yang perlu dibayar hari tu untuk Jida dan suami ialah RM 81.20. Ok lah kan. Sebab kalau takde promo tu dekat seratus lebih juga nak membayar.

Masuk je dalamnya kami sewa dulu satu loker kecil buat simpan barang. Harga sewa sebenarnya bergantung pada saiz. Bagi loker kecil harga sewanya RM10 dan deposit pula RM15. Bila dah pulang balik wristband(yang mana merupakan kunci loker), deposit RM15 tu boleh la dapat semula. Tujuan kami sewa loker ni supaya senang la sikit nak main air. Tak payah nak jaga-jaga barang, duit dan telefon dah. Simpan je dalam tu, lepas tu pergilah ko nak main apa pun. Syiok!

Bangi Wonderland Theme Park locker
locker

Ok, nak citer pasal permainan dia pula. Banyak juga permainan yang best-best kat sini. Antaranya seperti Insane Racer, Pirate Bay, Pirate Spa, Boomerang dan macam-macam lagi. Bagi Jida, kolam mandi untuk kanak-kanak memang luas dan ada macam-macam mainan boleh dimain sesuai untuk budak. Tengok sajalah gambar-gambar yang ada ni. Memang suka budak berdua ni.

Bangi Wonderland Theme Park best

Bangi Wonderland Theme Park game

Paling tak sangka, kakak berjaya naik insane racer yang tinggi ini dengan ‘cool’nya. Siap nak repeat lagi pulak tu. Tak takut pulak budak ni naik gelongsor tinggi cam ni.

Cuba view video atas ni kalau nak tau insane racer tu camne. Nampak cam sekejap, tapi lau tengok in real tinggi jugak. Ada lagi mainan yang lebih adventure sebelahnya tapi tak sempat nak try sebab adik dah penat. Kasihan la pula nak berlama-lama. Maybe next time boleh cuba.

So, pada korang yang ada anak-anak atau kekawan yang birthdaynya bulan 10 atau 11 ni boleh lah ambik peluang promosi ni untuk dapat tiket murah. Seronok juga sekali sekala main air kan?

(Visited 119 times, 23 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Mandi-manda di Bangi Wonderland Theme Park Sempena Birthday Dayana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!