Manfaat Teh Pada Wajah dan Kulit

Sambil-sambil tidurkan anak tadi, sempat jugalah belek-belek majalah lama yang ada dalam rumah ni. Menjengah ke muka surat 20, terpandang pula info menarik mengenai teh. Hehe..Apa yang menariknya? Meh sini Jida kongsikan dengan anda semua.

Rasanya, kalau di Malaysia ni, peminat teh memang ramai kan? Dapat secawan teh tarik pagi-pagi sambil pekena sekeping roti canai kat kedai mamak..Wallah, terus jadi pagi yang indah kan.

Ok..di sebalik cerita teh tadi, sebenarnya Jida nak cerita mengenai khasiat teh pada kulit dan wajah kita. Pada yang tak tahu, selain sedap di buat minuman, teh juga boleh digunakan untuk manfaat-manfaat lain. Antaranya ada seperti senarai dibawah ini.

manfaat teh selain diminum

Khasiat #1 Teh – Kulit Kepala Sihat dengan Teh.

Panaskan setengah cawan minyak zaitun di dalam kuali. Campurkan dua sudu teh Lavender yang telah ditumbuk dan dua isi uncang teh pudina. Jangan didihkan.

Tutup api dan biarkan sejuk. Setelah itu, urutkan bahan ini pada kulit kepala. Bungkus rambut dengan penutup kepala selama 20 minit atau lebih. Bilas rambut dan keringkan. Lakukan sebulan sekali agar kulit kepala sihat dan ia juga menguatkan akar rambut.

Khasiat #2 Teh – Melegakan Kaki Yang Penat

Rendam kaki

Rendam kaki di dalam besen air teh sejuk selama 15 minit atau dalam air teh herba pudina bagi melegakan kaki yang penat. Kesegaran aroma teh menghilangkan bau kaki setelah sehari bekerja.

Khasiat #3 Teh – Melegakan Luka

Teh mengandungi bahan anti bakteria. Basahkan kapas dengan pekatan teh dan tekap pada luka kira-kira lima minit. Ulang lagi selama empat kali dan jangan basuh. Cara ini juga selamat pada kanak-kanak.

Khasiat #4 Teh – Hilangkan Bau Badan

Teh juga boleh di gunakan untuk menghilangkan bau badan yang tengik dengan cara mencampurkan teh bersama kelopak bunga ros dan dibiarkan semalaman. Hasil rendaman itu kemudiannya dicampur dalam air mandian dan hasilnya, tubuh berbau harum sepanjang hari.

Khasiat #5 Teh – Melegakan Mata Yang Penat

Masker mata

Uncang yang sudah digunakan jangan dibuang, sebaliknya simpan di tempat yang dingin seperti peti ais. Sebelum tidur, letakkan uncang teh di atas kelopak mata. Cara ini dapat merehatkan mata yang kepenatan dan juga mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata.

Khasiat #6 Teh – Menanggalkan Sel Kulit Mati di Wajah

Masker teh dan madu
Boleh juga jadikan masker

Sesekali, jadikan teh sebagai masker muka atau skrub anda. Caranya adalah dengan mencampurkan serbuk teh hijau yang sudah lembab dengan sedikit madu. Sapukan di sekitar wajah kecuali mata dan mulut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air suam.

Bestkan semua tips-tips kat atas ni. Lepas ni tak nak dah buang uncang teh macam tu je. Lepas guna sekali, masih boleh dipakai lagi untuk kegunaan lain seperti contoh di atas.

Jida sendiri pun memang sebelum ni pernah cuba tips nombor 5 dan 6. Nanti Jida nak cuba yang lain pula. Korang pun sama, janganlah baca je. Jom cuba.

(Visited 257 times, 19 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Manfaat Teh Pada Wajah dan Kulit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!