Masa Yang Sesuai Merancang Kehamilan Kedua

Assalamualaikum w.b.t

Bagi pasangan yang sudah mempunyai seorang cahaya mata dan mempunyai perancangan untuk memiliki anak lebih daripada satu pasti tertanya bilakah masa yang sesuai untuk mereka mendapatkan anak kedua pula.

kehamilan kedua kali

Jida ingat lagi semasa melahirkan Dayana (anak pertama) secara ceaseran, nurse-nurse yang menyorong katil Jida bersembang tentang topik ini. Katanya jangan serik bersalin lagi walaupun yang pertama ini melalui pembedahan. Tetapi yang seeloknya, jarakkanlah tempoh kehamilan.

Tempoh dua tahun adalah tempoh masa paling ideal bagi seorang wanita untuk mula memikirkan tentang kehamilan sekali lagi. Hal ini berikutan tempoh berkenaan memadai untuk tubuhnya kembali pulih daripada segala kekurangan yang dialami seperti zat besi, kalsium dan sebagainya. Tetapi ini bergantung juga samaada anak pertama anda dilahirkan secara normal atau pembedahan. Anda boleh merujuk doktor untuk mendapatkan nasihat.

Kalau ikutkan memang ada ibu yang hamil anak kedua selang setahun tapi perlu anda maklum , kehamilan sebelum tempoh dua tahun memungkinkan anda menghadapi pelbagai masalah seperti anemia, sakit belakang, gigi cepat rosak dan lain-lain lagi. Hal ini terjadi kerana tubuh belum bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapi satu lagi kandungan.

Malah, anak pertama mungkin masih kecil dan/atau menyusu susu ibu. Apabila hamil lagi, anda perlu menguruskan dia. Pada masa yang sama perlu membahagikan kudrat yang ada untuk tanggung jawab terhadap suami, rumah tangga, kerjaya dan lain-lain hal. Ini termasuklah menjaga kandungan sebaik-baiknya. Sekiranya anak itu berusia 2 tahun ke atas, sudah tentu dia sudah bercerai susu dan lebih berdikari. Jadi, bebanan yang anda perlu tanggung tidak begitu berat jika hamil lagi.

Walau bagaimanapun, jika ditakdirkan anda hamil awal daripada tempoh yang disarankan oleh doktor, langkah penting untuk anda lakukan ialah memastikan paras Hb mencukupi. Sama juga halnya dengan Kalsium. Antara lain lakukan pemeriksaan gigi dan sentiasa menjaga postur badan. Hal ini amat mustahak untuk diteliti agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi yang mungkin boleh terjadi semasa hamil.

Panduan Sebelum Hamil

  1. Pastikan Hb optimum. Jika mengalami anemia, makan ubat untuk mengatasinya.
  2. Makan asid folik sekurang-kurangnya sebulan sebelum merancang kehamilan bagi mengelakkan kecacatan bayi seperti bibir sumbing dan spina bifida.
  3. Jumpa doktor terlebih dahulu jika menghidap penyakit tertentu agar semuanya terkawal.
  • Jika ada darah tinggi, perlu ambil ubat tertentu. Perlu tahu, ubat semasa dan sebelum hamil adalah berbeza.
  • Kalau kencing manis, ubat yang diambil sebelum hamil perlu ditukar kepada suntikan insulin.
  • Sekiranya tiroid , ambil ubat yang selamat. Doktor O&G ¬†akan pantau kehamilan anda bersama doktor biasa.
  • Jika mengalami prolapse disc, kena pastikan tulang belakang berada pada tahap yang selamat sebelum rancang untuk hamil. Sewaktu hamil, doktor pakar tulang akan pastikan tulang belakang mampu bertahan untuk menampung kandungan.
  • Untuk ibu yang ada sakit jantung pula, ada keadaan di mana ¬†membolehkan dan melarang kehamilan. Pastikan anda boleh hamil lagi atau sebaliknya. Sewaktu hamil, jantung dan buah pinggang bekerja lebih kuat jadi ia perlu sempurna untuk menghadapi kehamilan.

Panduan Selepas Hamil

  1. Lakukan pap smear selepas dua bulan kelahiran. Pastikan ketika itu anda tidak ada haid. Seterusnya ujian yang sama perlu disusuli 1-2 tahun kemudiannya untuk memastikan pangkal rahim kekal sihat.
  2. Minta nasihat doktor tentang kaedah perancang keluarga yang sesuai. Kaedah yang bakal dipilih perlu diguna pakai sekurang-kurangnya untuk tempoh 2 tahun.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

 

(Visited 2,222 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!