Masak Kek Coklat Guna Pengukus

Sejak umur belasan tahun lagi Jida memang suka kek coklat. Sangat-sangat suka sampai kalau ada berpuluh-puluh jenis kek lain pun, Jida tetap nak cuba kek coklat juga dulu. Haa..punya lah gila dengan kek coklat sampai macam tu sekali.

Korang pun ada ke yang suka kek coklat macam tu, mesti ada jugak kan? Sebagai peminat kek coklat sejati, jom kita buat kek coklat cara senang. Tak payah ada mixer, tak perlu oven.

resepi kek coklat guna pengukus

Resepi Kek Coklat Mudah

Bahan-bahan (A)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula
1 cawan minyak
3 biji telur

Bahan-bahan (B):
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Cara-caranya

1. Masukkan bahan (A) ke dalam blender dan kisar selama lebih kurang 5 minit.
2. Panaskan air dalam periuk kukusan.
3. Ayak bahan (B)
4. Masukkan bahan (A) ke dalam bekas dan campurkan tepung yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Kaup balikkan.
5. Nak dapatkan tekstur kek yang cantik boleh lah ditapis dahulu dan kemudian letak dalam loyang.
6. Kukus 45 minit dengan api sederhana. Tips : Nak tau kek masak ke tak, korang boleh cuba dengan cara mencucuk garfu pada kek. Kalau tak melekat adunannya, maka kek dah kira masak. Sekiranya masih melekat, tambahkan masa mengukus.

Selepas kek dah masak, boleh lah kita buat topping kek pula.

Untuk topping kek coklat
Bahan-bahan
1/2 cawan susu pekat
2 sdb serbuk koko
2 sdb mentega

1. Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat masukkan mentega.
2. Bila dah sebati, tutup api.
3. Sebaik sahaja topping dah sejuk sedikit, bolehlah dituang ke atas kek.

Tips: Nak nampak kek lebih ceria, bolehlah taburkan chocolate rice atau bubbles rice yang berwarna-warni ke atas kek. Part ni anak-anak paling suka, sibuk je masing-masing nak tolong.

Resepi yang Jida share ni, memang kalau Jida buat kek coklat pakai resepi ni je. Bahan-bahannya mudah dan inshaAllah menjadi. Jida harap korang sudi-sudikan lah diri untuk mencuba ya.

Terima Kasih.

(Visited 158 times, 11 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Masak Kek Coklat Guna Pengukus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!