Masalah Keputihan Semasa Hamil

Masalah keputihan ketika hamil kerap juga berlaku pada wanita disebabkan oleh beberapa faktor. Malahan, Jida sendiri mengalami masalah keputihan ketika hamil anak kedua dan ia telah menyebabkan kegatalan di bahagian faraj.

Sekiranya anda mengalami masalah keputihan semada hamil sebaiknya anda merujuk dan berbincang dengan doktor untuk mengatasi masalah ini. Langkah pencegahan ini adalah penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan bayi yang dikandung dijaga dengan sebaiknya.

keputihan-hamil

Bagaimana Masalah Keputihan Terjadi?

Kebanyakan kes keputihan semasa hamil disebabkan oleh candida. Candida boleh dikesan melalui ujian HVS C +S yang dijalankan oleh doktor. Melalui ujian ini , doktor akan mengambil bendalir faraj untuk dihantar ke makmal. Candida adalah sejenis penyakit fungus dan selalunya pesakit mengalami kegatalan dan keputihan yang berketul-ketul, berwarna putih dan atau kuning dan kehijau-hijauan. Ubat yang boleh digunakan ialah ubat anti fungal dalam bentuk krim dan dalam bentuk pil yang dimasukkan ke dalam faraj. Penyakit candida ini sering berulang dan akan reda selepas bayi dilahirkan. Untuk makluman candida tidak akan membahayakan bayi.

Satu lagi penyebab keputihan adalah kuman yang bernama group B streptococcus atau nama ringkasnya GBS. Adalah dianggarkan 1 dalam 100-200 wanita mengalami masalah ini. GBS adalah berasal daripada kulit anda sendiri. GBS juga dijumpai dalam pundi air kencing dan kawasan usus dan dubur. GBS boleh ‘datang dan pergi‘ ke bahagian faraj. Jika keputusan HVS C +S menunjukkan adanya GBS, doktor akan memberi antibiotik untuk membunuh kuman tersebut. Antibiotik akan diberi ketika waktu bersalin.

GBS boleh menyebabkan bayi anda mengalami masalah seperti pneumonia, meningitis dan septicaemia jika anda tidak mendapatkan rawatan Antibiotik.

Suplemen sebagai salah satu ikhtiar untuk mengatasi masalah keputihan semasa Hamil.

Selain mendapatkan rawatan di klinik, anda juga boleh berikhtiar dengan cara mengambil suplemen yang bersesuaian. Antara suplemen yang boleh diambil adalah seperti Garlic dan Vitamin C.

vitamin shaklee keputihan

Kedua-dua vitamin ini mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang berguna untuk mengatasi masalah keputihan yang dialami oleh ibu-ibu.

Garlic

Setiap 2 biji tablet Garlic Shaklee membekalkan 1000mg ekstrak Garlic tulen yang menyamai 2 ulas garlic segar. Bawang putih bukan sahaja enak menjadi bahan asas dalam masakan tetapi ia merupakan satu-satunya antibiotic yang dapt membunuh bakteria. Pada masa yang sama, bawang putih dapat melindungi tubuh daripada racun yang menyebabkan jangkitan.

Vitamin C Sustained Release

Dengan pengambilan Vitamin C, imun bagi badan ibu hamil dapat ditingkatkan. Apabila tahap imun tinggi, sukarlah badan ibu terkena jangkitan virus.

Oleh itu, sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut mengenai Set Keputihan Shaklee. Terus sahaja hubungi Jida(013-6691930) untuk info.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

Untuk pembelian Set Keputihan Shaklee menggunakan kad kredit/ kad debit, anda boleh menekan ikon dibawah ini.

Order-Sekarang-300x63

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 958 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!