Masker Buatan Sendiri Untuk Kulit Berminyak

Lama dah rasanya tak bermasker sejak-sejak dok rumah ni. Wahaha..punya la jadi pemalas tahap gaban.

Sesekali bagus juga nak manjakan wajah sendiri dengan pakai masker ni. Boleh bersihkan kulit yang dah kusam ni sambil lembabkan juga.

Sebelum ni Jida memang suka beli masker siap yang ada jual kat Watson atau Guardian tu. Tinggal pakai je bila perlu.

Tapi sejak-sejak dah tau cara nak buat masker sendiri dah malas dah nak beli. Lebih jimat malah boleh pakai bila-bila masa kita suka je.

Nak tahu apa bahan yang Jida guna? Jom check it out.

masker buatan sendiri

CARA 1 

Masker putih telur

Ambil tiga biji buah lemon lalu diperah dan diambil airnya. Campurkan air perahan lemon tersebut dengan satu putih telur. Kacau dengan sudu hingga sebati.

Sapukan pada keseluruhan wajah (kecuali mata dan bibir). Biarkan sehingga 20 minit atau sehingga masker kering. Selepas itu, bolehlah dibilas dengan air suam yang bersih.

Putih telur dikatakan boleh membantu untuk menegangkan kulit muka dan mengurangkan masalah kulit berminyak.

** Selain lemon, anda juga boleh menggunakan buah mangga, betik dan epal.

masker pakai telur
Inilah rupanya masker telur putih dan lemon apabila kering.

CARA 2

Masker daun lidah buaya

Lidah buaya dikatakan mampu menyembuhkan atau mengubati luka gigitan, jangkitan dan luka terbakar. Selain itu, bahan utama masker wajah untuk kulit berminyak yang satu ini juga dinilai sebagai berkesan untuk mengatasi kulit berminyak dan berjerawat.

Cara nak buat masker lidah buaya ni memang mudah.

Pertama, potong daun lidah buaya dan kemudian tekan isinya.

isi daun lidah buaya

Sapukan isi daun lidah buaya ke seluruh wajah dan dibiarkan hingga kering.

Setelah kering, bilas wajah dengan air bersih.

CARA 3

Masker yogurt

plain yogurt
plain yogurt

Yogurt juga boleh membantu menyerap lebihan minyak di wajah, menanggalkan kulit mati, dan membuka pori-pori wajah.

Cara nak buat masker yogurt ini cukup mudah.

Pertama, ambil satu sudu besar yogurt yang tiada perisa. Kemudian ratakan ke seluruh wajah.

yogurt masker

Biarkan selama 15 minit. Setelah itu, bilas wajah dengan air bersih.

Lihatlah hasilnya selepas bilas, muka anda akan kelihatan lebih bersih dan fresh sangat. Yang paling best bila kita sentuh tang pipi. Rasa macam lembut je.

Apa kata weekend ni kita cuba buat masker. Bukan susah pun,  2-3 minit dah  siap  buat. Just gunakan bahan-bahan semulajadi seperti senarai yang kat atas ni pastu tepek la kat  muka. Itu je.

Jemput baca juga entri Jida yang terdahulu iaitu Cara Mengatasi Kulit Berminyak Dengan Berkesan dan Masker Muka Menggunakan Suplemen Semulajadi.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda. Terima Kasih.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 121 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

8 thoughts on “Masker Buatan Sendiri Untuk Kulit Berminyak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!