Menaikkan Motivasi di Hari Isnin

Assalamualaikum semua…..

Hari isnin again. Hahaha..Ada apa dengan hari Isnin? Hari itu dah buat entry berkenaan dengan hari Jumaat. Sekarang nak buat entry hari Isnin pula. Saje je la, nak bagitau yang hari-hari aku ada buat entry (itu tipu!). Actually ini adalah entry untuk pekerja-pekerja yang lemau untuk masuk kerja hari Isnin. Sini, I bagi u all semangat sikit di Hari Isnin.

First sekali, korang kena fikir yang korang sangat beruntung bila dapat kerja. Beribu-ribu lagi tau yang menganggur kat luar sana, susah nak cari kerja. So, jangan sesekali di hari Senin yang best ni, korang pura-pura sakit perut memulas-mulas, ceri-beri bagai untuk dapat MC. Dah tau sangat dah,alasan rekaan tu semua. (pernah buat kot, huhu) .

Aku pernah baca, untuk menaikkan semangat bekerja, cuba ubah penampilan. Kalau sebelum ntah hapa-hapa baju yang korang pakai untuk pergi kerja, cuba try pakai baju yang lebih ‘molek’, ceria ataupun baju baru di Hari Isnin. Bila dah pakai cun-cun dan hensem-hensem, tentu sahaja semangat bekerja lebih tinggi.

hijab-kerja

Walaupun koleksi baju sendiri takdelah secantik dalam gambar kat atas. Cukuplah apa yang ada untuk pakai ke office. Melaram lebih-lebih kan untuk suami je. Haha..( Pujuk hati sebab takde baju cantik). Tapi, seriously ,terapi baju cantik ke opis untuk menaikkan semangat kerja memang menjadi untuk orang seperti aku.Walaupun tak bramded takpe, janji lawa.

fesyen-hijab-kerja

Lagi cara nak ada mood di hari Isnin, adalah dapatkan tidur yang cukup pada hari sebelumnya. Sekiranya merancang untuk mengadakan majlis dirumah misalnya, lakukan perancangan awal supaya di hari pertama berkerja anda dapat bekerja dengan produktif. Insyaallah, bekerja dengan ikhlas, rezeki yang diperolehi juga lebih berkat. InsyaAllah.

Sekian sahaja nukilan hari Isnin untuk korang. Pendapat atau komen anda untuk entry ini sangat lah dialu-alukan. Mungkin korang ada tips berguna yang nak dikongsi diruangan. Silakan luah di ruangan komen di bawah. Thank you sangat…

 

(Visited 189 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!