Menu Berpantang : Sup Ikan Haruan

Semasa tempoh berpantang, nak makan apa-apa memang kena tengok dan perhatikan dulu bahan-bahannya. Tak kira la anda tengah berpantang sebab lahirkan anak atau baru lepas menjalani sebarang pembedahan. Kalau boleh, tak nak lah makan sembarangan. Lambat pula luka nak pulih nanti.

Artikel Berkaitan : 9 Amalan Tradisional Berpantang Selepas Bersalin.

Ok, untuk entri kali ini Jida nak kongsikan resepi berpantang yang sesuai untuk mereka yang baru bersalin dan juga yang lepas menjalani pembedahan. Malah, kalau nak masak untuk orang yang ‘pantang makan’ pun sesuai juga ni.

Resepi Berpantang : Sup Ikan Haruan

Bahan-bahan:
1 ekor ikan haruan (dipotong kepingan)
2 cawan air
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 cm halia (ditumbuk)
1 keping asam keping
Garam secukup rasa
Daun bawang dan daun sup (dihiris)

Cara menyediakan:

a) Ikan dipotong dan dibersihkan dengan air asam jawa untuk menghilangkan bau hanyir. Bilas dengan air bersih. Toskan.

b) Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumiskan bawang merah, putih dan halia hingga wangi. Masukkan air.

c) Apabila mendidih, masukkan lada hitam, asam keping dan ikan. Kacau rata dan masak lagi hingga mendidih. Taburkan daun bawang, daun sup dan garam. Kacau rata dan hidangkan.

Senang je kan. Bagi sesiapa yang berpantang sendiri tu, mungkin boleh mintak encik suami masakkan. Tak da lah bosan sangat asyik makan menu sama je kan. Ok lah, selamat mencuba.

(Visited 15 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!