Nak Kurus Punya Pasal, Penyebab Kenal Shaklee

Lepas kahwin, berat badan naik mendadak. Dalam 10kg juga lah. ? Opismate ramai juga yang perasan tapi diri sendiri buat selamba je. Hati senang katanya.

Lagi-lagi lepas tu mengandungkan pula si Dayana. Anak pertama Jida. Lagilah segala jenis makanan pun bedal (kecuali ayam! Tak suka betul ayam masa mengandung.. ?). Malam-malam pun masih makan makanan berat. Masa ni pula mengidam katanya.

Anak pengedar shaklee
Dayana, Tahun Depan dah Darjah 1.

Alkisahnya, selepas pantang, berat memang turun banyak sebab jaga pantang betul-betul masa tu. Makan pun ikan bakar je hari-hari. Bila berat turun, dah happy sikit lah dapat badan kurus. Tapi ..badan kurusku tidak berpanjangan rupanya. Lepas setahun bersalin, badan naik lagi. ???

Habis semua, baju-baju kerja dah tak muat dah semua. Kalau pakai juga pun dah ketat sana sini. Lagi-lagi tang peha. Sadiss.

Masa tu lah wall FB banyak lalu lalang dengan iklan Shaklee. Masa tu memang baru tahu kewujudan Shaklee. Maka, ter’beli’ lah Set Kurus waktu tu. Ada ESP, Cinch, Lecithin dan Herblax. Tengok botol takdelah canggih mana pun. Tapi cuba je lah. Sebulan se tengah ambik turun 4 kg. ? Wah! Memang suka sangat dah masa tu. Memang inchloss la. Itulah orang kata, don’t judge the book by its cover. Walaupun luaran nampak biasa-biasa, tapi isi kandungan tu yang penting. Semulajadi, Selamat dan Berkesan.

Tapi habis je mkn Set Kurus masa tu saya tak continue dah pun. Lagipun bajet tak cukup nak beli lagi. So, just jaga makan macam tu jelah.

As time flies (betul ke ayat ni, konfius jap?), tetiba rasa nak join Shaklee untuk berbiznes. Kekonon nak cari upline yg dekat-dekat Selangor je. Senang nak menuntut ilmu nanti katanya. Makanya adalah 2, 3 orang agen Shaklee Selangor yang digoogle. Dan, yang membalas paling pantas dan tuntas sekali tentulah Lin Chalo yang kini telah menjadi upline ku yang tercinta. Daripada tak kenal pun siapa orangnya, sehinggalah kini dialah yang menjadi sumber inspirasi dan mentor saya untuk berbisnes..Huhu..

Eh, dah terpanjang pulak..Belum sempat citer camner start bisnes lagi ni..Haruskah akak sambung Part 2? ???

Catatan Seorang Mama..❤
Jida Abdullah
013-6691930

(Visited 54 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!