Nasi Goreng Untuk Anak-anak Kecil

Assalamualaikum w.b.t

Baru lepas masak nasi goreng. Main campak-campak je bahan-bahannya then jadilah nasi goreng sedap untuk anda dan anak-anak. Kalau rasa tidak ada idea apa yang nak dimasak untuk sarapan esok. Jom, cuba resipi nasi goreng mudah lagi cepat ini. Bukan sahaja ibu ayah boleh, anak-anak pun boleh juga. Yelah, kanak-kanak kecil kan biasa tak suka yang masakan yang pedas.

nasi goreng

Bahan-bahannya
3 cawan nasi
2biji telur
Sayur campur
2 sudu besar sos tiram
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Isi Ayam / Udang

Cara penyediaan
1. Tumbuk bawang putih dan bawang merah hingga hancur.
2. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali. Apabila dah panas, tumis bawang yang telah ditumbuk.
3. Masukkan sos tiram dan kemudian diikuti dengan sayur campur, isi ayam atau udang.
4. Biarkan seketika sehingga bahan-bahan tadi agak masak. Campurkan sedikit garam.
5. Masukkan telur. Kacaukan seketika.
6. Selepas itu masukkan pula nasi. Kacau sehingga semua bahan rata.
7. Siap untuk di makan.

Senangkan? Bukan ibu je yang boleh turun dapur. Bapa pun boleh tolong masakkan sebab bahan-bahannya sangat senang. Gaul-gaul dah siap. Anak pun mesti teruja dan suka melihat nasi goreng yang colourful.

Sebelum ini Jida anda tulis resepi mee goreng untuk kanak-kanak. Kalau senang-senang boleh lah cuba nanti ye!

(Visited 7,318 times, 155 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!