Origami Mudah Untuk Kanak-Kanak

Musim cuti sekolah ni lah masanya mak-mak yang tak bekerja macam Jida ni nak melayan anak dari pagi sampai ke malam. Lagi-lagi bila dah seminggu dapat cuti ni takkan nak suruh diaorang lepak tengok kartun je manjang kan. Haruslah buat aktiviti yang dapat melatih tangan dan otak mereka supaya jadi kreatif inovatif sikit. Ahaks.

Jadi, hari ni Jida ajak anak Jida yang dua orang tu buat origami kertas. Seronok la deme berdua tu melipat dan bermain dengan origami sampai kan senget habis kertas tu kena renyuk.

Bagi mak-mak yang sibuk pun rasanya boleh juga spend sikit masa untuk bersama anak-anak buat ni sebab cara nak buatnya sangat simple dan anak-anak pun tentu sangat menghargai masa yang kita luangkan untuk mereka. Lepas dah siap buat tu biarkan mereka berimaginasi dan berlakon dengan hasil origami yang dah mereka perolehi. Bagus tau aktiviti ni, atleast berkembang la sikit kan pengetahuan diaorang.

Nak tengok hasil origami yang anak Jida buat? Ni dia, pakai kertas putih je sebab itu je kertas yang ada kat atas rumah ni. Kalau pakai kertas warna lagi menarik rasanya, tapi malas pulak maknya ni nak keluar beli.  Ok, so pakai je la apa yang ada.

cara buat origami kucing

Meoww..inilah origami kucing si adik. Muka kucing tak berapa nak comel. Tangan mama tak berapa nak berseni. Kalau ibu atau ayah ada yang nak cuba buat origami kucing ni, boleh check out kat link ini. >> Cara Buat Origami Kucing.

cara buat origami ikan

Yang kakak pula pilih origami ikan sebab katanya cikgu kat sekolah ada ajar dia buat origami ikan ni. Jadi, cepat je lah dia dapat buat sekor. Mama juga yang nubis, still ikut step by step Cara Buat Origami Ikan kat link yang ini.

Apapun, seronok juga sekali sekala buat origami ni. Lain kali kena beli kertas warna yang berkilat tu pulak. Tentu lagi menarik.

Ok lah, untuk anda yang nak buat aktiviti bersama anak-anak di dalam rumah boleh lah cuba origami ni. Banyak tutorial menarik di internet untuk anda cuba. Tapi banyak-banyaklah bersabar kalau anak buat tak kemas atau tak menjadi. Kita kan nak suka suka je. Janji dia orang pun enjoy, kan?

(Visited 38 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!