Pameran Buku di Big Bad Wolf

Hari Sabtu lepas, 20/12/2014 kitaorang satu family pergi cuci mata kat Big Bad Wolf MIECC. Bagi sape-sape yang tak familiar dengan benda alah ni mesti tak tahu kan ape benda lah Big Bad Wolf (BBW). Big Bad Wolf ni memang sesuai untuk ulat-ulat buku yang gila baca buku ( Hahaha..penin aku dengan ayat sendiri). Di sini korang akan jumpa beratus-ratus tajuk buku yang best-best start daripada buku kanak-kanak, remaja, novel, house deco, photography, cooking dan macam-macam lagi. Kebanyakan dalam Bahasa Inggeris. Tapi ada juga dalam buku Bahasa Malaysia kat pameran tu. Memang marvelous habis la.

Bangunan MIECC di mana berlangsungnya Big Bad Wolf ini letaknya hanya dibelakang MINES Shopping Complex. Kalau tak nampak signboard MIECC, tanya je penjaga parking MINES, diaorang boleh tolong tunjukkan. Takkan sesatnya lah

big bad wolf

Memang best sangat memborong buku kat situ, sempatlah jugak grab 2-3 buku untuk Dayana dan diri sendiri.Dah lah buku tu jenis kulit tebal. Harganya baru RM10. Memang berbaloi sangatlah.

Kalau nak tahu bila diaorang ada buat pameran, mungkin korang boleh follow FB BBW. Diaorang ada inform dalam tu. Dalam setahun adalah 2-3 kali (atau lebih) diaorang organize. Simpan je duit korang siap-siap, tunggu diaorang umumkan tarikh, lepas tu bolehlah borong banyak-banyak.

Pameran kali ini memang diaorang buat 24hours, nonstop. So, korang boleh planning pukul berapa korang nak datang. Tengah malam boleh, lepas subuh boleh, tengahari buta pun boleh. Memang dasyat ah..Tak pernah ada pengalaman lagi pergi shopping buku tengah2 malam.So, tak boleh nak cerita la suasananya masa tu. Kalau hari Sabtu yang kitaorang gi tu memang agak ramai jugalah. Yelah, kan weekend,pastu pukul 2 petang plak tu. Memang agak sesak jugaklah..

Tak sempat semua table pun nak belek semua buku, si Dalili dah start meragam sebab mengantuk. So, cepat-cepat pilih and letak dalam bakul. Opps, lupa nak bagitau ..diaorang ada sediakan bakul untuk korang isi buku..Tapi kalau korang nak bawa beg beroda sendiri pun dibenarkan…Sapa2 yang dah bajet nak beli banyak2 buku, silalah bawa beg sebab parking dengan tempat pameran tu agak jauh. Berat kot nak ngangkut.

big bad wolf4

Seronok si Dayana..macam shopping barang dapur lagaknya. Nampak mana yang berkenan, terus diletakkan dalam bakul.  Last-last terpaksa sort balik mana yang menarik je. Macam buku princess kat atas ni, harganya cuma RM10 je. Murah sangat, dahlah kulit tebal dan ilustrasinya cantik. Kalau kat kedai buku paling cikai RM25 kot..big bad wolf3

Eksaited sangat dia nak baca buku. Bukan baca pun sebenarnya, just tengok gambar je. Tapi, jadi la. At least dia ada minat terhadap buku. Kecik-kecik ni la nak ajar, kan?big bad wolf2

Excelente, soy Dora..Buku ni dia suka sangat.. Dah berapa puluh kali dah dibacanya kat umah. Kalau korang perasan, bawah buku Dora tu ada satu lagi buku. ¬†Haaa…buku tu ahkak yang punya.. Deko-deko dengan Cik Jidah..hehe..sesaje gatal nak beli…kekonon mencari inspirasi untuk menata hias our living room(harap-harapnya berjaya lah misi mencantikkan rumah..ahaks)..

Ok lah, itu saja untuk kali ini…Sehingga ketemu lagi…Woofff..wooff…auwwwwww….Musang yang Jahat (banyak duit den habis kat ekau).

(Visited 222 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!