Panduan dan Cara Mengatasi Gastrik, Anda Mesti Tahu

Dua tahun lepas, dua kali encik suami mendapat sakit gastrik yang teruk. Lemah habis badannya sampai nak dengar dia bersuara pun susah. Kalau di ikutkan perangai suami Jida, dia memang susah nak ambik cuti sakit di klinik kalau dia masih larat berdiri lagi. Tapi, dek penangan gastrik , 3 hari straight ambil cuti sakit. Tidur pun tak boleh macam biasa, nak kena tidur duduk di atas kerusi baru dapat lelap. Kesian sangat dia masa tu. Flat habis lah.

OK. Sebelum itu, saya nak berkongsi sedikit pengenalan mengenai penyakit gastrik.

Penyakit gastrik terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati.

Perempuan-sakit-perut-gastrik-ruzidahAntara tanda-tanda penyakit gastrik/gastritis:

  • Sakit ulu hati
  • Rasa mual
  • Rasa perut kembung
  • Kemungkinan pesakit juga akan muntah

Bagaimana anda dapat mengatasi masalah gastrik sekiranya berlaku pada anda ataupun apabila anda ingin mengelakkan perkara ini daripada terjadi?

  1. Elakkan makanan yang berlemak atau berempah, coklat, buah-buahan sitrus atau jusnya, alkohol dan kopi.
  2. Elakkan juga daripada minum semasa makan.
  3. Minuman bersusu boleh membantu melegakan pedih ulu hati. Jika susu penuh krim membuatkan simptom-simptom anda semakin buruk, bertukarlah kepada susu rendah lemak atau susu skim.
  4. Makan sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut.
  5. Jika anda merokok, cubalah berhenti. Merokok melonggarkan injap di antara perut dan esofagus dan membuatkan reflaks asid lebih berkemungkinan berlaku.
  6. Duduk atau berdiri tegak dan jangan membongkok, terutamanya semasa dan sejurus selepas makan.
  7. Elakkan pakaian yang ketat di sekeliling perut dan jangan baring sekurang-kurangnya satu jam selepas makan.
  8. Jika pedih ulu hati lebih teruk pada waktu malam, cuba jangan makan apa-apa dalam tempoh tiga jam sebelum anda masuk tidur.
  9. Tidur dalam posisi separa duduk. Gunakan banyak bantal atau tinggikan kepala katil anda dengan menggunakan buku-buku atau papan. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam pencernaan.
  10. Pastikan sebarang ubat-ubatan yang anda ambil untuk masalah lain tidak menyebabkan sakit gastrik anda menjadi lebih teruk. Ini termasuk ubat anti kemurungan dan anti keradangan tanpa steroid.

Selain itu,  pengambilan supplemen tertentu juga dipercayai dapat membantu mengatasi masalah gastrik.

Pengambilan Supplement Untuk Mengatasi Gastrik Secara Semulajadi dan Selamat

Set Gastrik Shaklee terdiri daripada 2 item iaitu ESP dan Peppermint Ginger Plus.

Kebaikan dan Kelebihan ESP

  • Meneutralkan keasidan dalam perut disebabkan asid gastrik. ESP bersifat alkali dan apabila bercampur dengan asid perut ia akan mengurangkan hakisan pada dinding perut. Setelah itu, zat asid amino dalam ESP akan membina sel dan tisu baru pada dinding perut.
  • Membantu proses penyembuhan, baik pulih dan juga pembinaan semula sel-sel pada dinding perut yang mengalami keradangan, seterusnya mempercepatkan lagi proses pemulihannya.
  • Berikan rasa kenyang yang lebih lama dan mengelakkan rasa pedih akibat perut kosong atau lapar.

Kebaikan dan Kelebihan Peppermint Ginger Plus

  • Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan.
  • Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Testimoni 1 : Gastrik selama 10 Tahun hilang selepas pengambilan Set Gastrik Shaklee.

Assalamualaikum, saya Farahana daripada Shah Alam. Lebih 10 tahun saya ,menghidap gastrik yang agak kronik. Dulu, bila dah pedih-pedih ulu hati tu dah rasa cuak, sebab gastrik mesti datang. Saya nak makan pun muntah, saya nak jalan dan bangun berdiri dengan betul pun tak boleh sebab sangat sakit. Saya terpaksa jalan bongkok, baring dalaam 2-3 hari, pergi jumpa doktor, berurut semua, terpaksalah. Selepas saya bersalin anak nombor dua, saya berkenalan dengan Shaklee, saya ambil Set Pantang je, tapi dalam set Pantang tu ada ESP, Oste (Ostematrix) dan saya tambah Peppermint. Bila saya makan semua tu, saya perasan yang gastrik saya dah tak datang, saya dah tak kena gastrik. Walaupun kadang-kadang saya memang agak sibuk, saya tak ambik breakfast on time, tak lunch on time tapi saya macam. Eh! takde gastrik. Takde pedih-pedih ulu hati dah. Inilah, Shaklee Effect saya!

Testimoni 2 : Selepas minum ESP, esoknya gastrik dah kurang sakit.

Testimoni gastrikKalau saya tahu ESP boleh membantu merawat gastrik, awal-awal lagi saya amalkan secara konsisten..baru2 ni saya kena gastrik yang agak kronik…Saya memang dah lama kena gastrik hampir 10 tahun..hari yang saya sakit tu mmg jadi macam udang la..pastu saya google(nasib hp ada mobile internet) nak cari penawar sakit ni, jumpa plak peranan ESP ni untuk gastrik. Kebetulan ada ESP di dalam almari tu yang saya guna skip-skip. Tekad amik ESP (paksa diri tu bangun minum ikut arahan, dan esoknya dah kurang sekarang ni dah hilang terus sakit gastrik) selalunya kalau makan ubat hampir 5 hari baru OK) TQ Shaklee…

Set-gastrik-shaklee

Harga Set Gastrik Shaklee:

  1. ESP: RM159.00 / 850g
  2. Peppermint Ginger Plus :RM47.70 /90 tablet

Set Gastrik ni berjumlah RM206.70 tidak termasuk kos penghantaran. Penggunaannya sehingga 2-3 bulan dan masih boleh digunakan walaupun anda rasa gastrik anda dah OK. Kalau nak dapat harga lebih murah, korang bolehlah pertimbangkan untuk join ahli Shaklee.

Jangan risau, ahli tak semestinya kena menjual, join untuk makan sendiri pun dah cukup berbaloi, dapat nikmati harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat consultation seumur hidup daripada saya. Istimewa untuk bulan ini, Shaklee bagi best price untuk ESP. Beli 2 canister ESP, dapat 5% diskaun. Manakala, kalau anda pakat-pakat dengan member beli 6 canister ESP, boleh dapat FREE satu canister ESP! Wow, berbaloi-baloi kan?

Jika anda rasa anda kerap kena gastrik atau selalu pedih ulu hati dan sedang mencari-cari Set Gastrik yang boleh mengatasi gastrik anda dengan berkesan, sudah tiba masanya untuk anda menghubungi Jida di 013-6691930. Jangan pula dah terbaring sampai tidak boleh bangun baru nak cari penawar. Takut menyesal pula nanti.

Kini, lebih mudah sekali nak order secara online, hanya klik pada “ORDER SEKARANG” dibawah ini sahaja, anda boleh membuat pesanan terus kepada Shaklee.

Order-Sekarang-300x63

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

(Visited 575 times, 9 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!