Panduan Kawal Kepanasan Semasa Hamil

Seringkali kita terdengar keluhan ibu mengandung yang kepanasan di saat orang lain yang berada di tempat yang sama dengannya tidak pula merasakan begitu. Pengalaman ini Jida juga pernah alami dulu semasa mengandungkan Dayana dan Dalili. Disebabkan bilik kami tiada penghawa dingin, suami letak dua kipas di dalam bilik tidur khas untuk kegunaan ibu mengandung. Manakala, encik suami pula terpaksa tidur berselimut disebabkan kesejukan. Hehe..bila dikenang kembali, Jida pun tak faham kenapa Jida rasa panas lain macam masa tu.

Akhirnya, setelah study dengan encik google, inilah antara sebab- sebab wanita mengandung selalu berasa panas dan tidak selesa.

  • Tubuh wanita yang sedang mengandung mengalami banyak perubahan termasuk perubahan hormon. Kadar metabolisme jadi semakin bertambah apabila mengandung sampai tubuh badan wanita akan rasa panas.
  • Keadaan bayi yang semakin membesar juga menyebabkan tubuh ibu cepat berasa panas. Penghasilan hormon progesteron akibat meningkatnya suhu tubuh  janin dalam kandungan boleh menyebabkan rasa panas.
  • Peningkatan peredaran darah semasa hamil membuatkan ibu sering berasa panas.Peningkatan aliran darah berlaku apabila hormon progesteron membuka lebih banyak saluran kecil darah di dalam permukaan kulit. Kapilari yang dipenuhi darah inilah yang membuatkan tubuh wanita hamil panas.
  • Kebiasaannya tubuh wanita hamil akan rasa panas apabila kandungan masuk 6 minggu dan rasa menjadi semakin kuat apabila kandungan berusia 32 minggu. Dalam situasi serius, kadangkala kepanasan ni boleh menyebabkan ibu2 pitam dan pengsan.

Untuk menangani masalah ini, ibu-ibu bolehlah mencuba kaedah yang ada Jida senaraikan di bawah ini :-

panduan atasi kepanasan

1. Banyakkan minum air

Salah satu tips paling mudah untuk diikuti adalah dengan mengamalkan minum air masak yang banyak. Selain memberi rasa segar dari dalam, air masak berfungsi menggantikan cecair yang cepat hilang ketika cuaca panas. Ibu hamil cenderung untuk lebih mudah dehidrasi dibandingkan dengan orang biasa. Oleh itu, pengambilan banyak air masak membantu mengelakkan masalah dehidrasi semasa mengandung.

2. Elakkan meminum minuman yang berkafein

Minuman berkafein adalah seperti teh dan kopi kerana ianya bersifat diuretik – di mana ia boleh menyebabkan si ibu lebih kerap ingin membuang air kecil. Ibu mengandung boleh amalkan meminum Performance Drink yang mana sangat bagus dalam mengekalkan bendalir dalam badan dan membantu mengelakkan dehidrasi daripada berlaku.

3. Pakai pakaian selesa.

Elakkan daripada memakai pakaian berwarna gelap. Pilih pakaian cerah yang tidak serap cahaya dan tidak ketat. Kasut pula haruslah yang terbuka terutama jika kaki semakin membengkak supaya ibu lebih selesa.

Boleh baca entri Jida terdahulu mengenai pemilihan kasut yang sesuai semasa hamil di –> Lima Info Pilih Kasut Semasa Hamil.

4. Sekali sekala basahkan muka

Caranya, semburkan air ke muka atau lapkan muka dengan tisu basah untuk menyejukkan muka.

5. Hindari makanan yang berempah dan pedas

Makanan yang mengandungi rempah dan pedas boleh menyebabkan rasa panas. Maka, eloklah kiranya ibu mengandung mengelakkan makanan sebegini. Tapi, kalau dah mengidam tu makan je lah.

6. Lakukan aktiviti yang bebas panas

Aktiviti terbaik adalah berenang. Untuk ibu-ibu yang aktif bersukan, pastikan ketika melakukan aktiviti sukan  tersebut anda tidak berada terus pada pancaran sinar matahari.  Jika boleh elakkan daripada selalu berada di luar rumah pada masa cuaca panas terik atau di tempat yang ramai orang dan sesak.

Diharapkan dengan sedikit panduan yang ada dapat membantu ibu hamil di luar sana mengatasi masalah kepanasan yang melanda semasa hamil.  Terima Kasih kerana sudi singgah di blog ini.

** Sekiranya anda sedang mencari Set Hamil untuk mencukupkan keperluan nutrisi semasa hamil, boleh klik sini untuk maklumat lanjut. Sebarang pertanyaan , boleh hubungi Jida di talian 013-6691930.

** ATAU untuk persediaan anda semasa tempoh berpantang, anda boleh survey-survey itemnya di SINI. Sekiranya berminat, jangan segan-segan kontek Jida ya.

RUZIDAH ABDULLAH [ 013-6691930 ]

(Visited 1,966 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Panduan Kawal Kepanasan Semasa Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!